Berita Terkini
recent

Aishah dapat tajaan barang kemas nilai RM2 juta

TUAH penyanyi Aishah kerana untuk pertandingan akhir Gegar Vaganza minggu ini, dia bukan sahaja mendapat hadiah sepasang baju daripada pereka fesyen terkenal Calvin Thoo tetapi juga turut mendapat tajaan barangan kemas dari Ceres bernilai RM2 juta.

"Baju itu saya tak taja tetapi saya hadiahkan untuk Aishah.  Harga tak perlu beritahulah.  Saya rahsiakan.

"Jacquard brocade net on italian silk crepe n french silk chiffon.  Warna ungu," jelas Calvin.

Bagi melengkapi busana tersebut, Calvin sendiri telah membantu untuk mendapatkan tajaan barangan kemas.

"Ceres telah berminat untuk menaja penampilan Aishah yang meliputi rantai, gelang dan cincin.  Keseluruhan barang kemas ini bernilai RM2 juta," ujar Calvin. 

Aishah juga sangat gembira dengan tajaan koleksi Ceres tersebut.

"Valley Of The Flower collection, it's a contemporary collection inspired by the movement and shape of vegetations. Set with pastel color sapphires and diamonds," ujar Penolong Pengurus Ceres, Kelvin mengenai koleksi Ceres yang akan digayakan oleh Aishah.

Pihak Ceres akan memakaikan barangan kemas tersebut pada hari pertandingan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.