Aiman Tino dikecam menyanyi rap

WALAUPUN diterima peminat, percubaan Aiman Tino menyanyi rap, dikecam komposer dan bekas anggota VE, Damian Mikhail.

Melalui statusnya di laman sosial Facebook (FB), Damian mengecam nyanyian Aiman bersama kakaknya, Fara Hezel untuk lagu Terasa Cinta.

Penyanyi popular rap awal 2000 itu menyifatkan tindakan Aiman sebagai satu pencemaran dan penghinaan bagi industri muzik hip hop.





Bagaimanapun, teguran Damien itu mendapat perhatian daripada sahabat yang juga bekas anggota VE, Lah Ahmad.

Katanya, Damien mungkin boleh menegur dengan secara berhemah dan profesional serta lebih baik.

“Saya sendiri pun kena tegur. Tapi, kalau secara terbuka mungkin kurang sesuai dan ada baiknya dibuat secara one to one. Saya sendiri pernah ditarik oleh seorang ustaz ke satu sudut dengan tujuan menegur bacaan.

“Ia boleh dibawa berbincang. Saya mengaku sebenarnya banyak belajar mengenai muzik dengan Damien. Kami selalunya duduk sebilik jika buat persembahan di luar. Dia seorang yang bagus dan mungkin perkara ini berlaku tanpa dijangka,” katanya pada Sinar Harian.

Bahkan, pelantun lagu Salam ini lebih selesa mengambil pendekatan berbeza tetapi dilihat lebih 'mesra'.

"Sebagai contoh, dulu saya segan nak mendekati seorang ustaz kerana caranya yang garang dalam memberi teguran. Tapi, bila saya mula mendalami agama, saya banyak memperoleh ilmu baru.

“Saya bukanlah menyebelahi mana-mana pihak. Kita ambil pendekatan Rasulullah, orang jatuh cinta dengan Baginda kerana adab dan akhlaknya yang bagus,” katanya.
Aiman Tino dikecam menyanyi rap Aiman Tino dikecam menyanyi rap Reviewed by Kakigosip on 11:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.