Aeril Zafrel Respon Dakwaan Agama Anaknya Terpesong

Tindakan pelakon Aeril Zafrel memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan anak perempuannya bergambar dengan pokok Krismas telah mengundang kritikan sebilangan pengguna media sosial.

Ada yang mendakwa pelakon drama bersiri Nahu Rindu ini sudah terpesong kerana menyambut hari perayaan tersebut.

Mengulas mengenai isu tersebut, Aeril menjelaskan pokok Krismas itu bukan diletakkan di rumahnya. Sebaliknya ia merupakan salah satu dekorasi di hotel tempat mereka sekeluarga diami.

"Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.

"Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk," kata Aeril menerusi kapsyen di Instagramnyaseperti yang dilapor mStar online.

..

Bagaimanapun ramai peminat Aeril yang memberi pendapat tidak salah untuk bergambar dengan pokok tersebut. Malah, mereka menyelar semula netizen yang suka meninggalkan komen-komen negatif dan menjatuhkan hukum dengan mudah.

Aeril mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 4, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2.
Aeril Zafrel Respon Dakwaan Agama Anaknya Terpesong Aeril Zafrel Respon Dakwaan Agama Anaknya Terpesong Reviewed by Kakigosip on 11:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.