Berita Terkini
recent

Aeril, Wawa tidak rancang tambah anak

PASANGAN selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal mengakui tiada perancangan untuk menambah ahli keluarga baru, dalam masa terdekat.

Menurut Aeril, keputusan itu diambil kerana perlu menguruskan beberapa perkara penting dalam kehidupan rumah tangga.

"Siapa yang dah ada anak, dia tahulah macam mana.

"Nak kata penat, nanti ada yang kata tak bersyukur pula, tapi hakikatnya memang penat.


"Lagipun, dua anak kami juga masih lagi kecil," katanya ketika ditemui media selepas pelancaran drama bersiri, Mandatori, hari ini.

Malah, selebriti berusia 29 tahun ini juga bakal berpindah ke kediaman baru, tidak lama lagi.

"Kami juga nak pindah rumah nanti dan isteri pula bercadang nak bercuti diluar negara. Jadi, saya lebih senang ikut kehendak dia.

"Mungkin, selepas ini semua selesai, barulah kami fikir nak tambah anak ketiga sampai kelapan (ketawa)," katanya.

Sebelum ini, Aeril pernah memuat naik foto memaparkan isterinya, Wawa bersandar di katil hospital sambil tersenyum dan merangkul seorang bayi di laman Instagramnya, bulan lalu.

Selain foto, kapsyen yang ditulis oleh Wawa  turut menimbulkan tanda tanya malah turut memberi gambaran seolah-olah tidak kisah sekiranya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Aeril bagaimanapun menjelaskan foto tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

Pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 3, dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa yang baharu berusia setahun.

Dalam pada itu, Aeri bakal muncul dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Ramlee Awang Murshid, Mandatori.

"Ini merupakan nashkah paling susah untuk saya lakonkan kerana ia banyak bermain dengan emosi.

"Kerana itu, saya perlu bekerja keras untuk memenuhi tuntutan watak," katanya.

Selain Aeril, drama bersiri enam episod ini turut dibintangi Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Wong, Amerul Affendi, Chew Kin Wah dan Vanidah Imran.

Drama arahan Razaisyam Rashid ini mengisahkan pemprofil jenayah, Inspektor Norman (Aeril) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri tang dilihat saling berkait rapat di antara satu sama lain.

Drama bersiri bergenre crime thriller ini bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif (480) dengan hanya RM19.10 mulai 14 Disember depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.