Aaron Kwok Tetap Jaga Privasi Anak

Selepas tiga bulan bergelar bapa, bintang terkenal Hong Kong, Aaron Kwok akhir terbuka untuk berkongsi mengenai perihala anak perempuanya, Chant yang kini semakin membesar.

Aktor berusia 52 tahun ini mengaku, sejak mengalas tanggungjawab tersebut dia sedar bahwa dia harus bekerja lebih keras untuk masa depan anaknya dan menjadi seorang bapa yang baik. Selain terus aktif di bidang lakonan dia juga mengeluarkan produk penjagaan rambut jenamanya sendiri, AKFS Plus.

Dia berharap perniagaannya akan berjaya dan sekiranya jenamanya itu mendapat sambutan ia dianggap tuah untuk anaknya.

"Tetapi saya perlu bekerja lebih keras dan berbuat baik seorang bapa," katanya seperti yang dilaporkan media Hong Kong.

Terlanjur menyebut tentang Chant, Aaron berkata anaknya kini semakin membesar dan sihat. Dia juga memberi beberapa bayangan mengenai wajah puterinya itu.

Dia mempunyai sepasang mata yang besar, dia sangat comel! Dia sudah berusia tiga bulan, jadi dia sudah mula belajar bagaimana untuk berbual dengan ibu bapanya dan datuk juga neneknya. Dia juga tahu bagaimana hendak memanggil ibunya.

"Saya sibuk dengan penggambaran. Saya tidak percaya dia membesar dengan cepat, dan sudah mula bercakap. Ia satu perkara yang menggembirakan," kongsi Aaron lagi.

Terdahulu, Aaron berkongsi gambar Chant menerusi laman sosial namun mengaburkan bahagian wajah anaknya itu demi menjaga privasi.

Aaron secara rasmi berkahwin dengan model Moka Fang pada pada April lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Hong Kong.

Aaron Kwok Tetap Jaga Privasi Anak Aaron Kwok Tetap Jaga Privasi Anak Reviewed by Kakigosip on 21:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.