Berita Terkini
recent

28 Jam Berjuang, Ezzaty Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah kepada pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos kerana dikurniakan anak sulung seorang bayi perempuan.



Lapor BH online, bayi seberat 2.9 kilogram itu selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pusrawi kira kira jam 10.27 malam tadi.

Menurut Ezzaty, pengalaman bertarung selama 28 jam di bilik bersalin menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

"Pengalaman berada dalam bilik bersalin selama 28 jam menjadi kenangan dan pengajaran buat saya dan suami.

"Ia cukup indah untuk dikenang. Insya-Allah kehadiran puteri ini menjadi pelengkap rumah tangga saya dan suami.

"Semoga dia menjadi anak yang solehah dan berguna," katanya.

Ezzaty dan Azwan mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.