17 Kisah Hiburan Tempatan Yang Hype!, Tular di Tahun 2017

Pelbagai berita dan kisah panas-sensasi yang melanda dunia hiburan serta mengaitkan artis-artis tanah air sepanjang tahun ini sekali gus menjadi bahan bualan hangat netizen.

Kalau mungkin ada yang sudah terlupa, berikut MD imbas semula 17 kisah yang tular di media sosial dan berita yang mengundang perhatian masyarakat sepanjang tahun 2017:



17. 'Baju Raya' Zila & Famili

..

Penampilan aktres Zila Bakarin dan keluarganya yang menggayakan baju Melayu ketika sambutan 1 Syawal lalu menarik perhatian netizen sehingga gambar yang dimuat naik di laman Instagram menjadi tular. Sempoi jer anak beranak.

"Tahun ni saya berbaju Melayu dan jangan terkejut kalau raya tahun depan suami berbaju kurung Kedah pula (ketawa). Tapi dipadan dengan seluarlah..." katanya kata Zila kepada media.



16. Laga-laga Pipi

..

Kemunculan seorang penyanyi yang mahu dikenali sebagai Delladellon tular kerana imej dan penampilannya seperti lelaki. Selain lagunya bertajuk Persia mencetus isu ekoran sesetengah pihak mendakwa konsep muzik video terbabit menyelitkan unsur LGBT gara-gara salah satu babak menunjukkan aksi laga-laga pipi antara sesama.





15. The Battleship Island

..

Kunjungan kali pertama tiga bintang terkenal Korea, Song Joong Ki, So Ji Sub dan Hwang Jung Min pada Ogos lalu 9 Ogos lalu, bertempat di perkarangan pintu masuk pusat membeli belah Pavilion KL mencuri tumpuan hampir 10,000 peminat. Ketiga-tiga bintang itu datang bagi mempromosikan filem mereka, The Battleship Island.



14. "Jangan Jahat Sangat Bah"

..

Pesanan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin kepada isterinya aktres jelita, Datin Seri Zizie Ezzette agar tidak menjadi terlalu jahat gara gara lakonannya sebagai Puan Sri Mawar dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella. Oh ya, MD ucapan tahniah an advice kepada pasangan romantis ini kerana bakal menimang cahaya mata kembar tidak lama lagi.



13. Ika Nabila vs Makcik Tudung Maroon

..

Insiden pelakon Ika Nabila diserang seorang wanita dikenali sebagai makcik tudung maroon, telah mendapat perhatian netizen. Pergaduhan tercetus selepas makcik itu dikatakan tiba-tiba naik hantu dan hilang pertimbangan apabila memaki hamun pelakon tersebut di khalayak dan mendakwa Ika melanggar diri wanita yang agak berusia ketika menaiki eskalator, di lapangan antarabangsa Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), sekitar Julai lalu.



12. Jutawan Kosmetik Nak Menyanyi

..

Industri hiburan tempatan tahun ini tambah 'meriah' dengan kehadiran Datuk Seri Vida (DSV), Datuk Aliff Syukri dan ahli perniagaan Nur Sajat yang mencuba nasib menjadi artis.

Pelbagai reaksi dan komen dilemparkan netizen terhadap tiga individu yang masing-masing punya pengaruh tersendiri ini. DSV berjaya mencetus fenomena menerusi single I Am Me yang menjadi siulan ramai tak kurang banyak yang buat parodi. Manakala 'Abang Terlajak Laris' dan Sajat pula bergabung dan tampil dengan taruhan lagu bertajuk Abang Nak Tegur.



Walaupun lirik video pasangan duet ini mendapat paling tinggi dislike di YouTube, ironinya menerusi video muzik Abang Nak Tegur 2.0 yang menyaksikan pengasas D'Herbs ini berduet dengan isterinya, Datin Nur Shahida mendapat banyak 'like'. Tahun depan, Datuk Alif bakal muncul menerusi lakonan dalam filem pertama bertajuk Badang.





11. Mafarikha di Pentas Asia's Got Talent

..

Nama Bekas Naib juara program realiti, Vokal... Bukan Sekadar Rupa, Mafarikha Md Akhir atau Mafa disebut-sebut kerana persembahannya di pentas Asia menerima tepukan gemuruh penonton dan tiga juri Asia's Got Talent lalu. Mafa ketika itu menyanyikan lagu Hero nyanyian asal Mariah Carey mendapat tepukan dan sorakan sejurus, menamatkan persembahannya.



10. Sharol Jadi Gelandangan

..

Pelawak Shahrol (Shiro) menyamar sebagai gelandangan selama tiga hari di sekitar ibu kota, sekitar. Rakaman video sepanjang penyamaran pelawak tersebut tular ekoran dia bersama seorang kru telah ditolak sehingga terjatuh oleh pemuda-pemuda itu yang mendakwa mereka 'menjaga' kawasan tersebut.



9. Konsert Ed Sheeran ON!

..

Reda kekecohan mengenai isu 'scam' tiket konsert penyanyi terkenal antarabangsa, Ed Sheeran - 'Ed Sheeran (Divide) Tour' in KL, peminat di tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita pelantun lagu hit Shape of You ini mengalami kecederaan patah akibat jatuh basikal. Ed Sheeran nyaris membatalkan konsertnya di beberapa negara di Asia termasuk Malaysia. Bagaimanapun konsert di KL yang akan berlangsung di Bukit Jalil 14 November lalu dapat dijayakan.



8. "Ada Nampak Mummy Happy?"

..

Komen yang diucap diva dangdut popular, Mas Idayu - "Ada nampak mummy happy?" Mummy tak nak Shima senyum!" Tidak dinafi komen berbaur herdikan itu bukan sahaja merentap hati peserta terbabit, Baby Shima malah para penonton. Dan ungkapan itu menjadi ikutan dan satu punchline melucukan oleh netizen khususnya di laman sosial.

Komen itu diberikan Mas Idayu kepada Baby Shima selepas wakil Malaysia itu menyampaikan lagu Wulan Merindu dalam konsert mingguan sekitar November lalu.





7. Belum Mandi Tak Tun Tuang

..

Lagu Tak Tun Tuang nyanyian asal penyanyi, Upiak, telah mencetuskan fenomena dan tular. Lucunya, bukan saja pemia ramai peminat membuat parodi lagu tersebut malah beberapa artis tanah air seperti Siti Nordiana, Wani Hasrita, Fazura dan Andi Barnadee juga membuat cover lagu tersebut.









6. Elfira Tunang ke Kahwin?

..

Majlis pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi pada 6 Oktober lalu telah menjadi topik bualan hangat netizen sekaligus mendapat kritikan. Ini kerana majlis pasangan selebriti remaja ini dikatakan terlalu meriah seperti ke tahap sebuah majlis pernikahan. Bagaimanapun, Elfira dan tunangnya tidak terkesan kritikan tersebut dan mengambil pendekatan tidak mempedulikan provokasi-provokasi netizen.



5. 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin

..

Percubaan pertama aktor sensasi Fattah Amin menjual bukunya yang bertajuk 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin mendapat pelbagai reaksi kalangan masayarakat. Ada beberapa ungkapan yang dimuatkan dalam buku tersebut menjadi bahan gelak netizen tak kurang ada yang meniru ungakapan itu dengan memuat naik di laman sosial.

Semakin banyak kecaman yang dilemparkan terhadapnya, jualan bukunya semakin laris dan tersenarai di carta 'best seller' selain diiktiraf sebagai Buku Popular anugerah Buku Negara 2017 yang lalu.



4. PM Salah Sebut 'Wak Dogol'

..

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di internet, menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyebut nama Wak Dogol yang ketika itu sedang berbual dengan seorang pegawai. Bagaimanapun spontan pengawai berkenaan memperbetulkan dengan menyebut Wak Doyok sambil menunding jari ke arah kamera. Rakaman video itu lantas menjadi topik bualan hangat pengguna media sosial.





3. Gaun Nasi Lemak Daun Pisang

..

Fesyen gaun nasi lemak bersama sambal ikan bilis dan telur mata ini menarik perhatian netizen sekaligus mengundang pelbagai kritikan pedas.

Biarpun penampilannya menggayakan gaun 'nasi lemak daun pisang' dikecam teruk namun Miss Universe 2017 iaitu Samantha Katie James tetap mempertahankan busana yang dipakainya.

Sebaliknya gadis berusia 22 tahun ini menyifatkan gaun rekaan pereka fesyen, Brian Khoo itu sebagai sesuatu yang kreatif dan dia juga berbangga kerana dapat memperagakan pakai itu pada pertandingan Las Vegas, Amerika Syarikat pada hujung November lalu.



2. Veil Izara Disangka Roti Tisu

..

Nama aktres Izara Aishah menjadi kata kunci tertinggi di carian enjin carian Google untuk tahun ini. Izara berada di tangga pertama dalam carian dipercayai gara-gara status yang dimuat naik di Twitter yang di dakwa menyindir golongan wanita yang berkahwin dengan lelaki kaya tidak perlu bekerja menjadi topik hangat rakyat Malaysia.

..

Sebelum itu, busana yang dipakai pada malam pernikahannya pada 17 November lalu juga menjadi bualan di media sosial. Lucunya, ada yang menyamakan 'veil' yang dipakai bintang drama Dia ini dengan alas meja, ada juga yang samakan dengan roti tisu, malah ada juga yang menyamakannya dengan tauhu kering dan apam balik.



1. Gimik Nabila Razali Menangis

..

Tidak keterlaluan kalau MD katakan yang video Nabila Razali menangis kononnya cintanya dipermainkan oleh pelako Aedy Asyraf sebagai kisah yang paling hype! tahun 2017. Masakan tidak, video tersebut tular sekaligus mengundang pelbagai cacian oleh netizen terhadap Nabila. Rata-rata menganggap tindakan Nabila memuat naik video itu sangat memalukan

Walaupun dikritik namun Nabila cukup berpuas hati kerana gara-gara video yang sebetulnya hanyalah gimik itu telah membantu menjayakan strategi promosi muzik video lagunya berjudul Pematah Hati. Muzik video tersebut tular dan sehingga kini sudah lebih 7 juta tontonan di Youtube.
17 Kisah Hiburan Tempatan Yang Hype!, Tular di Tahun 2017 17 Kisah Hiburan Tempatan Yang Hype!, Tular di Tahun 2017 Reviewed by Kakigosip on 12:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.