17 Kisah Hiburan Antarabangsa Yang Hype! Tahun 2017

Bukan hanya cerita selebriti tanah air saja yang panas-sensasi sepanjang tahun ini malam perkembangan dunia hiburan Holywood, Bollywood, KPop dan Hong Kong juga mencuri perhatian dan menjadi bualan kalangan netizen Malaysia.

Berikut 17 berita yang mengejutkan, gembira-duka, kejayaan, kontroversi, skandal dan hubungan cinta mengaitkan artis antarabangsa sekaligus telah mengundang perhatian masyarakat di seluruh dunia serta tular di media sosial.



17. Lindsay Lohan Tukar Agama

..
Sejak tahun 2015, kecoh mengenai Lindsay Lohan dikatakan mula mendalami tentang Islam. Berterusan sehingga ke tahun ini, pada awal Januari lalu, bintang Mean Girls itu didakwa sudah bergelar mualaf ekoran gambarnya sedang berjalan sambil membawa Al Quran, mengenakan hijab tersebar di internet.

Bukan itu saja, dia juga menuliskan kata salam di Instagram serta kekerapan berkunjung ke negara-negara Islam seperti Turki seolah-olah mengukuhkan lagi spekulasi dia sudah memeluk Islam.

Bagaimana ibu, keluarga serta pihak pengurusan Lohan menafikan dakwaan dia telah menukar agama.



16. Berakhir Era 'Brangelina'

..
Pasangan yang paling glamor dan romantik di Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt mengakhiri perkahwinan mereka selepas 12 tahun hidup sebagai suami isteri.

Jolie memfailkan pembubaran perkahwinan dan keputusan untuk berpisah itu dibuat 'untuk kesihatan keluarga.' Pasangan itu mempunyai enam anak bersama, iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, dan kembar Knox and Vivienne.

Kini dikhabarkan, baik Jolie juga Pitt sudah menemui pengganti dan dalam proses menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka masing-masing.



15. JuPe Meninggal Dunia

..
Aktres juga penyanyi dangdut kontroversi kelahiran Indonesia, Julia Perez aka Jupe menghembuskan nafas terakhir beliau pada 10 Jun lalu selepas tiga tahun berjuang melawan kanser serviks.

Sekitar tahun 2013, Jupe pernah menjalani penggambaran di Malaysia. Dia membintangi filem Sumpahan Malam Pertama arahan pengarah Murali Abdullah.



14. Aaron Kwok Kahwin, Andy Lau Jatuh Kuda

..

Dua bintang terkenal Hong Kong ini menjadi bualan peminat seglobal dengan dua berita berbeza, satu gembira, satu lagi malang.

Di usia 51 tahun, Aaron akhirnya secara rasmi berkahwin dengan model Moka Fang pada April lalu selepas hampir dua tahun mereka menjalin hubungan cinta. Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata yang lahir pada September lalu.

..

Berita Andy Lau mengalami patah tulang rusuk selepas terjatuh semasa menunggang kuda cukup mengejutkan peminat. Nasib malang tersebut dialami beliau ketika menjalani penggambaran filem di Thailand, pada awal Januari lalu.

..

Selepas beberapa bulan menjalani rawatan, pelakon berusia 55 rahun ini kini sudah semakin pulih dan kembali aktif menjalani penggambaran utuk filem terbaharunya.



13. Anak Kembar Beyonce Dapat 1 Juta 'Like'

..
Penantian peminat seluruh dunia berakhir apabila diva Beyonce buat pertama kali berkongsi wajah anak kembar untuk tatapan umum, pada 14 Julai lalu. Bayi yang diberi nama Sir Carter dan Rumi ini selamat dilahirkan sekitar Jun lalu. Foto yang dimuat naik di Instagram itu pantas menjadi perhatian dan mendapat lebih 1 juta 'like'.



12. Tergelincir Ketika Catwalk

..
Model Xi Meng Yao, 28, berasal dari Shanghai tiba-tiba jatuh tergelincir ketika sedang berjalan di runway pertunjukan fesyen Victoria’ Secret Fashion Show yang berlangsung di Shanghai, November lalu.

Xi dikatakan terpijak kain yang meleret sehingga dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Video Xi tergelincir tular dan menjadi salah satu topik paling hangat di laman sosial Weibo. Tidak lama selepas itu, Xi memohon maaf di akaun Weibo kerana telah memalukan China.

http://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=uhC_Yp7umLE



11. Chester Gantung Diri

..
Pada 21 Julai lalu, vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya dengan mengantung diri di rumahnya yang terletak di Los Angeles. Chester dipercayai mengalami masalah tekanan dan berdepan dengan tabiat buruk iaitu ketagihan alkohol.

http://www.youtube.com/watch?time_continue=1&v=ORPp3qduSkU



10. Kang Gary Tinggalkan RM, Kahwin

..
Tidak berapa lama setelah reda beberapa isu yang melanda program realiti paling popular Korea, Running Man (RM), salah seorang hosnya iaitu Kang Gary secara tiba-tiba membuat keputusan menarik diri daripada produksi. Lebih mengejutkan, pada 5 April lalu dia mengumumkan sudah berkahwin dengan wanita pilihannya secara senyap-senyap. Pada 20 November lalu, dia berkongsi berita dikurniakan cahaya mata sulung.



9. Nilai Kepala Deepika USD1.5 juta

..
Aktres Deepika Padukone diancam segelintir pihak yang mahu memengal kepalanya. Seorang tokoh politik parti kanan 'meletakkan' nilai kepala aktres itu USD1.5 juta.

Ancaman tersebut diterima kerana dia membintangi filem kontroversi Padmavati. Filem arahan sutradara Sanjay Leela Bhansali itu ditarik daripada penayangan yang sepatutnya mula ditayangkan di pawagam pada 1 Disember lalu.



8. Rain-Kim Tae Hee, SongSong Couple Kahwin

..
Dua pasangan selebriti sensasi popular Korea, Rain dan Kim Tae Hee juga Song Jong Ki dan Song Hye Kyo menjadi bualan hangat ramai apabila masing-masing secara mengejut mengumumkan mengenai keputusan untuk berkahwin. Sejak berita pengumuman, kedua-dua pasangan ini sering menjadi tajuk utama berita bukan saja media di Korea malah antarabangsa yang memaparkan perkembangan serta kisah cinta mereka.

Rain dan Kim Tae Hee berkahwin dalam sebuah acara tertutup di sebuah gereja di Gahoe-dong, pada 19 Januari lalu. Mereka bakal dikurniakan anak sulung tidak lama lagi.

..

Manakala pasangan bintang drama Defendents of The Son yang juga dikenali dengan jolokan SongSong Couple melangsungkan perkahwinan juga secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Korea pada 31 Oktober lalu.



7. T.O.P Hisap Ganja

..
Anggota kumpulan berpengaruh KPop, Big Bang iaitu T.O.P terpalit dengan kontroversi selepas terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis marijuana. Tambah mengejutkan tuduhan ke atas penyanyi Rap itu ketika dia baru saja beberapa minggu menjalani latihan khidmat negara.

Rentetan itu bintang berusia 29 tahun itu dikenakan hukuman disiplin selama dua tahun. Pada 6 Jun lalu, T.O.P cuba membunuh diri dengan memakan ubat anti-gelisah secara berlebihan. Dia koma selama tiga hari. Kini T.O.P sedang menjalani proses pemulihan.



6. Bos Playboy Meninggal Dunia

..
Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner meninggal dunia di kediamannya Playboy Mansion di Los Angeles California, pada 28 September lalu. Mendiang yang berusia 91 Mendiang disahkan meninggal akibat serangan jantung dan mengalami keracunan darah.



5. Yoo Chun (JYJ) Bebas Tuduhan Merogol

..
Selepas hampir dua tahun berdepan kontroversi didakwa merogol dan melakukan gangguan seksual terhadap empat wanita, pada Julai lalu penyanyi dan pelakon terkenal ini disahkan tidak bersalah dan dibebaskan kerana tiada bukti kukuh terhadap dakwaan yang dikenakan terhadapnya.

Nama anggota kumpulan JYJ ini sekali panas selepas berita dia melangsungkan perkahwinan dengan cucu kepada jutawan Namyang Dairy Products.



4. Taimur Ali Jadi Buruan Paparazzi

..
Penampilan pertama kali Kareena bersama anak sulungnya, di bandar Mumbai Taimur Ali sekitar Mac lalu mencuri perhatian khalayak. Pasangan anak beranak ini menjadi buruan paparazzi. Foto-foto Taimur yang comel viral di media sosial.



3. Janda Hot Pilihan Putera Raja

..
Pada 27 November lalu, satu dunia memberikan tumpuan kepada pasangan romantis ini, Prince Harry dan aktres Meghan Markle apabila mereka mengumumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada awal November lalu.

Pengumuman tersebut sekaligus menjawab segala spekulasi mengenai hubungan cinta mereka serta dakwaan sesetengah pihak kononnya pasangan ini tidak direstui keluarga diRaja British.

Sebelum menjalin hubungan cinta dengan pewaris kelima takhta British itu, Meghan yang popular dengan drama Suit sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan produser Trevor Engelson pada tahun 2004 dan bercerai pada tahun 2013.



2. JongHyun (SHINee) Bunuh Diri

..

Peminat muzik KPop seluruh dunia dikejut dengan berita kematian penyanyi cukup berbakat besar, Kim Jong Hyun. Ketua kumpulan berpengaruh, SHINee, itu disahkan membunuh diri pada 18 Disember lalu.

Jong Hyun mengalami depresi yang sangat teruk sehingga menyebabkan dia memilih jalan untuk mengakhiri hidupnya pada usia 27 tahun dengan menghidu gas karbon monoksida beracun di sebuah kediaman di Cheong-dam Dong, Seoul.

Nama bintang kesayangan ramai ini menjadi trending di media sosial. Bukan hanya peminat malah rakan-rakan artis juga menyatakan kesedihan mereka dan sukar untuk mempercayai berita tersebut.

Video di bawah ini adalah salah satu lagu ciptaan Jong Hyun yang dipopularkan penyanyi Lee Hi.

 



1. Bangtan Boys Masuk Guinness World Records 2018

..
Tahun 2017 merupakan tahun paling menakjubkan buat kumpulan sensasi BTS (Bangtan Boys) berjaya mncipta fenemona dan pengaruh di peringkat global. Bermula dari awal tahun, lepas satu-satu kejayaan dan prestasi membanggakan diraih tujuh anak muda berbakat ini sekaligus melonjakkan lagi populariti mereka ke seluruh dunia.

Pada 21 Mei lalu BTS mencipta rekod sejarah tersendiri apabila persada hiburan Hollywood mengiktiraf mereka sebagai artis paling berpengaruh di media sosial. Sekaligus melayakkan mereka memenangi anugerah Artis Paling Berpengaruh di Media Sosial pada Anugerah Muzik Billboard (BBMA). Secara tidak lagu mendahului calon artis berpengaruh seperti Justin Bieber, Shawn Mendes, Selena Gomez dan Ariana Grande.

RM, Jimin, Jin, V, Jungkook, Suga dan J-Hope juga diberi penghormatan membuat oersembahan di anugerah beprestij, American Music Awards (AMA) yang berlangsung di Los Angeles, California, pada 19 November lalu. Selain mereka turut diburu banyak program bual bicara popular seperti Jimmy Kimmel Live, The Late Late Show with James Corden dan The Ellen DeGeneres ShowJimmy Kimmel Live, The Late Late Show with James Corden dan The Ellen DeGeneres Show.

..

Pihak Guinness World Records mengesahkan nama BTS bakal tercatat dalam buku rekod dunia itu untuk edisi tahun 2018 atas kejayaan mereka trending dunia di Twitter dengan #BTSxAMAs menerusi persembahan di AMA yang lalu
17 Kisah Hiburan Antarabangsa Yang Hype! Tahun 2017 17 Kisah Hiburan Antarabangsa Yang Hype! Tahun 2017 Reviewed by Kakigosip on 12:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.