Berita Terkini
recent

16 Tahun Kekal Bersama Tanpa Ikatan Perkahwinan

Pasangan personaliti terkenal Hollywood, Enrique Iglesias dan kekasihnya bekas ratu tenis dunia Anna Kournikova berjaya menjaga keutuhan hubungan cinta mereka yang kini sudah mencecah usia 16 tahun walaupun tanpa ikatan rasmi sebagai suami isteri.



Malah pasangan itu dianggap hebat kerana berjaya menyembunyikan berita kehamilan dan kelahiran anak kembar daripada buruan paparazzi.

Lapor E!, Enrique dan Anna baru saja menimang sepasang cahaya mata kembar (lelaki dan perempuan) pada hujung minggu lalu.

Mengimbas semula pertemuan mereka, Enrique dan Anna kali pertama berjumpa ketika menjalani penggambaran muzik video Enrique bertajuk Escape. Ketika itu Anna berusia 20 tahun dan Enrique berusia 26 tahun. Bermula detik itu sehingga ke hari ini, kedua-duanya menjalani hidup bahagia di sebuah pulau persendirian milik mereka di Miami Beach.

Lebih mengagumkan banyak pihak, sikap dan pendekatan yang diamalkan Erique dan Anna dalam mengekalkan hubungan cinta dan kebahagian mereka. Tiada kemaskini tentang satu sama laini di media sosial. Sebaliknya mereka meilih kehidupan yang lebih low-profil dan sederhana.

Bahkan momen pertama mereka berciuman dirakam ketika di set pembikinan MTV Escape, di mana Anna memainkan watak sebagai gadis yang diminati Erique.

"Tidak, tidak, saya tidak pernah bertemu dengannya sebelum ini, tetapi saya seorang peminatnya

"Ya, saya pasti tentu ramai lelaki mahu berjumpa dengannya, anda tahu saya adalah salah seorang daripada mereka, dia seorang pemain tenis yang hebat, berbakat, dan saya yakin dia akan menjadi hebat dalam video ini, kata Erique, dalam satu temubual oelh media antarabangsa ketika itu.

Keserasian mereka tidak hanya setakat di depan lensa kamera sebaliknya berpanjangan di dunia realiti.

"Kamu tahu, saya tidak mengambil seorang pelakon yang baik untuk mencium Anna dan cuba menjadikannya ia boleh dipercayai," kata laginya selepas selesai penggambaran babak di bilik mandi untuk MTV berkenaan.

Sejak pertemuan di lokasi set penggambaran MTV tersebut cinta mereka bermula. Kedua-duanya membuat keputusan tinggal jauh dari Hollywood dan memilih membina hidup di Miami Beach, sekurang-kurangnya jauh dari paparazzi di Los Angeles.

Di pulau itu mereka membina kediaman impian mereka. Rumah agam seluas 20,000 kaki persegi yang terletak di Sabal Palm Road itu mempunyai kemudahan seperti gelanggang tenis bersaiz penuh, sebuah kolam renang yang sangat besar dan dok peribadi.

Walaupun mereka mungkin dapat mengelakkan daripada buruan media semasa sepanjang kehidupan sehari-hari, namun sesekali pasangan ini tidak menolak untuk ditemubual dan berkongsi perihal peribadi mereka kepada umum.

Misalnya ketika lawatan Anna ke Loose Women sekitar tahun 2010, ada pihak menyedari Anna memakai sebentuk cincin berlian besar di jari manisnya.

"Adakah anda bertunang? Cincin besar pada jari ketiga di tangan kiri anda?" tanya mereka kepada Anna.

"Nah, kami telah bersama selama lebih lapan tahun. Jadi, anda perlu mempunyai kepercayaan itu antara satu sama lain. Anda tahu, ia tidak mudah bersama dalam tempoh lama, tetapi saya agak memahami dia kerana dia adalah versi lelaki saya dan saya jenis versi wanita dia," balas Anna.

..

Pada tahun berikutnya, ketika giliran Enrique diundang ke lokasi sama, pelantun lagu Hero itu ditanya sama ada dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Anna.

"Tidak. Semuanya baik, terkawal," jawabnya.

Disebabkan tidak ramai yang mengetahui tentang hubungan mereka, justeru timbul pelbagai persoalan selama bertahun-tahun. Kadang-kadang, Enrique sengaja mengelirukan netizen dengan mengatakan bahawa mereka tidak lagi bersama. Bagaimanapun dalam satu temubual pada tahun 2012, Enrique mengaku kenyataannya itu sekadar bergurau.

Selebihnya, Enrique akan mengelakkan ditanya mengenai soalan-soalan tentang hubungannya dengan Anna.

"Enrique, adakah anda akan berkahwin?," tanya hos Montoya secara spontan ketika penyanyi itu muncul untuk persembahan festival HeartRadio Fiesta Latina, Telemundo's Un Nuevo Día.

"Huh? Apa?" balas Enrique seolah-olah tidak mendengar dengar jelas soalan itu.

Sama ada Enrique dan Anna sudah berkahwin atau belum, masih belum diketahui. Tetapi beberapa tahun yang lalu, pada tahun 2014, penyanyi itu memberitahu Access Hollywood bahawa status suami dan isteri tidak akan membawa banyak perubahan kepada dirinya.

"Perkahwinan, saya tidak fikir ia akan membuat saya lebih bahagia. Saya tidak menentangnya (ikatan perkahwinan). Ya, anak-anak apabila tiba masanya, saya mahu.

"Mudah-mudahan ketika saya mempunyai anak-anak nanti, saya tidak sibuk dengan jadual kerjaya yang berterusan. Saya tidak mahu mengadakan persembahan jelajah selama enam atau lapan bulan dan kemudian kembali dan anak-anak saya tidak mengenali saya," katanya.

Sekitar bulan lalu ada media bertanya kepada penyanyi itu soalan yang sama mengenai sama ada dia mempunyai rancangan untuk menjadi bapa.

"Saya sangat sukakan kanak-kanak, semoga tidak lama lagi saya fikir saya akan menjadi bapa yang baik, teman wanita saya akan menjadi ibu yang lebih baik," kata Enrique.

..

Tidak seperti ramai pasangan Hollywood lain, anda tidak akan dapat mencari Anna dalam akaun Instagram Enrique atau sebaliknya. Seperti yang dijelaskan bintang itu, dia terus berusaha mencari keseimbangan antara berkongsi dengan peminat dan menjaga perkara-perkara tertentu secara peribadi.

"Saya faham apabila orang bertanya kepada saya, 'Hei, adakah kamu berkahwin? Adakah anda mempunyai seorang teman wanita? Adakah anda mahu anak-anak? Adakah anda mempunyai anak-anak yang kita tidak tahu?

"Bagi saya, saya cuba mengekalkan kehidupan peribadi saya kerana saya memerlukan keseimbangan ini. Apabila saya pulang ke rumah dan saya berada di rumah, saya ingin memastikan bahawa apa sahaja yang berlaku di rumah saya hanya untuk saya dan orang yang saya sayangi dan saya perlukan," kata Enrique

Enrique dan Anna tahu apa bagaimana untuk menghargai privasi mereka dan apa yang terbaik untuk kehidupan mereka dan hubungan cinta mereja yang kekal selama 16 tahun mendapat pujian daripada banyak pihak.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.