Berita Terkini
recent

Zizan Manja-manja, Lentok Kepala Di Bahu PM Najib

Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak tidak menyangka tindakannya melentokkan kepala di bahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menerima trofi Anugerah Ikon Media Sosial 2017 di balas baik oleh pemimpin negara itu.

Memetik laporan Harian Metro, Zizan menjelaskan tindakannya melentokkan kepalanya di bahu Najib sebagai tanda penghargaan dan tiada niat mahu bergurau.



"Tak sangka Perdana Menteri 'sporting' apabila turut melentokkan kepalanya,” katanya yang meneri anugerah tersebut, semalam.

"Bagi saya tindakan itu tidak salah kerana ia sebagai tanda kasih sayang dan menghargai anugerah yang diberikan. Malah, beliau turut melentokkan balik kepalanya," katanya.

Gambar Zizan melentokkan kepalanya di bahu Perdana Menteri turut dikongsi Najib dalam akaun Instagram milik beliau.

..

Dalam pada itu, Zizan yang mempunyai 4.4 juta pengikut di Instagram berkata, dia bersyukur atas pengiktirafan itu dan akan terus memanfaatkan media sosial dengan berkongsi perkembangan karier seninya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.