Berita Terkini
recent

Yusuf ada 1.8 juta pengikut HANIS bersama Yusuf Iskandar.

Anak pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Yusuf Iskandar antara cahaya mata popular tanah air yang memikat pandangan ramai.

Dilahirkan pada 3 Jun 2016, pasangan muda ini banyak berkongsi aktiviti harian Yusuf Iskandar di laman sosial Instagram di akaun @theyusufiskandar.

Bagi Hanis, perkongsian perjalanan hidup Yusuf di Instagram dianggap sebagai jurnal untuk dikongsi bersama masyarakat.

Katanya, dia dan suami gembira jika perkongsian itu memberi manfaat kepada orang ramai.

“Saya melihat banyak kebaikannya apabila kita berkongsi cerita dan pengalaman. Ilmu kita tidak akan berguna kalau tidak dikongsi bersama.

“Paling penting, kami jadikan perkongsian ini sebagai jurnal dan rujukan kembali sekiranya kami terlupa kelak,” katanya.

Kata Hanis, jurnal kehidupan Yusuf sehingga kini diikuti seramai 1.8 juta pengikut.

“Dari awal kelahiran hinggalah persahabatan mesra dengan si comel, Bujibu Chempel, jalan hidup Yusuf menjadi rujukan buat ibu-ibu muda sekarang yang terarah menjadi laman sosial sebagai rujukan.

“Selain berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup Yusuf, ia juga bermanfaat kepada bakal ibu dan bapa yang menanti kehadiran cahaya mata.

“Ia secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan kami bersama mereka dengan berkongsi cerita bersama mereka yang berdebar menunggu ketibaan cahaya mata pertama,” katanya.

Hanis dan Yusuf yang ditemui di majlis ‘Baby Shower’ anjuran Happikido baru-baru ini, gembira dapat berkongsi tip dengan 51 pasangan yang menyertai acara itu.

Ini kali kedua Happikido menganjurkan majlis seumpamanya. Rata-rata mereka yang hadir di stor Happikiddo, Quill Mallini adalah bakal ibu bapa yang kali pertama menimang cahaya mata.

Mereka teruja untuk mendengar pengalaman dan kisah Hanis menggalas tanggungjawab sebagai ibu Yusuf Iskandar.

Tidak lokek dengan senyuman, Hanis turut berkongsi cara penjagaan diri selepas bersalin. Pemakanan sihat serta pemakaian bengkung menjadi amalan Hanis untuk memastikan badan kembali ramping dengan cepat seperti ketika zaman anak dara.

Nasihat Hanis, perlu kuat semangat untuk memakai bengkung kerana ia bukannya mudah.

“Walaupun susah, percayalah dengan memakai bengkung seawal mungkin ia memang bagus untuk kembali ramping,” katanya.

Kata Hanis, ibu-ibu muda sekarang perlu merujuk petua dan tip daripada orang yang berpengalaman.

“Segala petua orang tua-tua memang baik dan perlu diamalkan untuk badan kekal sihat sehingga meningkat usia,” katanya.

Hanis juga berkongsi penggunaan barangan keperluan bayi yang sesuai dan perlu dimiliki bakal ibu bapa.

Acara ini turut membetulkan pemahaman orang ramai mengenai maksud sebenar ‘Baby Shower’ yang sering disalah erti.

Pengasas dan Pengarah Urusan Happikiddo, Elaine Chew akui ‘Baby Shower’ kerap disalah anggap sebagai proses memandikan bayi dalam sebuah acara.

Katanya, ‘Baby Shower’ adalah acara tradisi yang lazim dalam pelbagai kebudayaan di mana seorang ibu mengandung diberi perhatian dan diraikan oleh kawan-kawan dan keluarga dalam satu acara.

“Majlis ini juga cukup bermakna sebagai menandakan transformasi wanita tersebut menjadi seorang ibu,” katanya.

Dalam majlis itu, Hanis tidak berseorangan sebaliknya turut ditemani Nad Zainal yang berkongsi nasihat buat bakal ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.