Berita Terkini
recent

Wow! Haqiem Rusli Beli Kereta ‘Cash’

PENYANYI yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi iaitu Haqiem Rusli memberitahu kereta pertama miliknya iaitu Mitsubishi Lancer dibeli secara tunai.

Haqiem yang baharu sahaja berusia 19 tahun berkata, dia membeli kereta itu hasil wang simpanannya mengadakan persembahan pentas sejak bergelar penyanyi hampir dua tahun lalu.

"Saya memilih untuk tidak berhutang dan membeli secara tunai dan rasa puas dapat memiliki kereta idaman hasil daripada titik peluh sendiri.

"Memang hajat saya hendak memilik sebuah kereta dan Alhamdulillah hasrat itu tercapai," katanya .

Haqiem mengulas mengenai perkara itu selepas memuat naik gambar kereta berwarna kelabu di Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya berasa kagum dengan pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli ini kerana berjaya membeli sebuah kereta walaupun masih muda.

Mitsubishi Lancer dianggarkan berharga RM120,000.

Dalam pada itu, Haqiem mendedahkan dia pada awalnya tidak terfikir untuk membeli Mitsubishi Lancer kerana lebih tertarik dengan kereta jenis Honda City.

Bagaimanapun dia akhirnya membeli Mitsubishi Lancer selepas ibunya sendiri mencadangkan agar membeli kereta jenis itu.

"Secara dasarnya ia adalah pilihan ibu saya kerana saya mulanya nak beli Honda City sahaja... Dah ibu yang mencadangkan saya pun setuju sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Haqiem masih belum mempunyai lesen memandu dan akan mendapatkannya secepat mungkin bagi membolehkan dia memandu kereta itu.

"Dah lama saya merancang untuk ambil lesen tetapi kesibukan menghadiri undangan persembahan membataskan masa saya berbuat demikian.

"Buat masa sekarang pembantu saya akan memandu kereta itu jika saya hendak ke mana-mana tetapi dalam masa terdekat ini memang saya akan ambil lesen.

"Sayang juga ada kereta tetapi tidak boleh memandu malah ibu saya pun dah suruh saya segera ambil lesen," jelasnya.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.