Berita Terkini
recent

Wanita Berusia 20-an Dakwa Lahirkan Zuriat Pelakon

Menerusi laporan mStar online, seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa seorang pelakon lelaki bersikap lepas tangan selepas menghamilkan dirinya sehingga melahirkan seorang zuriat.

Wanita berkenaan berkata dia dan aktor itu pernah menjalin cinta kira-kira empat tahun lalu. Malah lelaki itu pernah datang dan bermalam di rumah keluarganya. Bagaimanapun hubungan cinta mereka selepas itu putus sehingga mereka bertemu kembali awal tahun ini.

"Kami bertemu semula melalui aplikasi Bigo dan dia ajak jumpa dan makan malam bersama. Ketika itu dia yang rancang kami tidur bersama di Port Dickson dan ketika itu saya dalam keadaan subur,"katanya.

Wanita itu mendakwa, selepas kejadian tersebut, pelakon berkenaan menghilangkan diri sehingga dia menyedari sedang hamil tiga bulan.
Katanya, dia cuba menghubungi pelakon itu dengan pelbagai cara, namun gagal.

"Saya beritahu dia saya sedang hamil tapi dia hanya baca mesej dan tidak menjawabnya. Tetapi kekasihnya pula menyerang saya dan bertanya apa hubungan kami.

"Saya tidak mahu memanjangkan cerita kepada orang lain, saya cuma mahu dia datang jumpa dan buat DNA (ujian asid deoksiribonukleik) sama ada bayi ini anak dia atau bukan," katanya.

Sementara itu, wanita berkenaan berkata, jika pelakon drama itu tidak mahu bertanggungjawab sekalipun, dia sepatutnya membayar kos pemeriksaan kandungan itu sepanjang sembilan bulan dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

"Saya tidak mahu apa pun, saya tidak berniat nak suruh dia jaga bayi ini atau kahwin dengan dia. Saya mahu dia bertanggungjawab sedikit, sekurang-kurangnya bayar bil pemeriksaan kandungan saya di hospital swasta.

"Sepanjang sembilan bulan itu saya terpaksa ke hospital swasta kerana berasa malu," ujarnya.

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata, dia sudah menguruskan pendaftaran bayi berkenaan dan akan menjaga anak tersebut dengan baik.

"Saya bersyukur ibu-bapa saya dapat menerima saya dan bayi ini dengan baik. Cuma sehingga kini saya simpan rahsia siapa bapa kepada bayi ini, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya.

Sehubungan itu wanita tersebut merayu agar pelakon lelaki kegilaan ramai ini menghubunginya segera untuk menyelesaikan kes mereka secara baik.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.