Walaupun baru dua bulan, Zayan dapat reaksi positif

STESEN radio terbaru, Zayan berjaya menarik perhatian pendengar walaupun baru beroperasi menerusi frekuensi 104.9fm, sejak dua bulan lalu.

Pengurus Kandungannya, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, rata-rata pendengar memberi maklum balas yang positif.

"Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.

"Apa yang penting, kita memberi pilihan baru kepada pendengar," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perasmian Zayan, petang tadi.

Katanya, Zayan mengambil pendekatan gaya hidup Muslim moden kontemporari sekali gus tampil berbeza dengan stesen lain yang ada di bawah Astro Radio.

"Tapi, kita bukanlah berkonsepkan Islamik sebaliknya menyuntik pelbagai kandungan yang positif dan seimbang.

"Lagu-lagu yang diputarkan juga bukan berdasarkan hiburan semata-mata, sebaliknya memperjuangkan semangat positif sekali gus memberi inspirasi kepada masyarakat," katanya.

Pun begitu, katanya, kewujudan Zayan bukanlah untuk bersaing namun sekadar mengisi ruang kosong yang ada dalam bidang penyiaran.

"Kita tak mahu bersaing, apatah lagi kandungan yang disediakan juga berbeza," katanya.

Zayan menampilkan Mawi, Anas, Raqib, Falyq dan Lin Ariffin sebagai penyampai radio.

Antara segmen yang disediakan di Zayan adalah Salam Bros Mawi & Anas (6 pagi - 10 pagi), #ZOTD Lin Ariffin (10 pagi - 3 petang), Zayan Valet Raqib (3 petang - 7 malam), Zayan Fikir (7 malam - 8 malam) dan Zayan Cafe Falyq (8 malam - 12 tengah malam).
Walaupun baru dua bulan, Zayan dapat reaksi positif Walaupun baru dua bulan, Zayan dapat reaksi positif Reviewed by Kakigosip on 05:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.