Berita Terkini
recent

Video mayat berdarah atas jalan tular

Sebuah video 'kemalangan jalan raya' di Jelutong yang tular di media sosial hari ini hanyalah satu latihan kecemasan.

Video berdurasi 00:28 minit itu menyebabkan orang ramai terkejut kerana ia didakwa melibatkan 40 orang mangsa mengalami kecederaan parah dan dikhuatiri maut.

Latihan keselamatan jalan raya itu melibatkan sebuah bas, kereta dan motosikal.

Adegan kemalangan itu tular di media sosial kerana ia seolah-olah insiden yang sebenar.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, 'kemalangan jalan raya' itu hanyalah lakonan semata-mata.

Latihan bencana kemalangan jalan raya besar-besaran itu adalah anjuran bersama Hospital Lam Wah Ee, Hospital Pulau Pinang, polis, bomba, Angkatan Pertahan Awam (APM), St John dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

'Kemalangan jalan raya' itu melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan dan anggaran mangsa terlibat adalah seramai 40 orang.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.