Berita Terkini
recent

VAV jatuh cinta dengan makanan Malaysia

GRUP dari Korea Selatan, VAV ternyata amat sukakan makanan di Malaysia yang dirasakan unik dan berbeza berbanding makanan di negara mereka.

Ahli termuda kumpulan tersebut, Ziu mendakwa dia amat menyukai 'naan cheese' dan asyik berkata mengenainya.

"Ini kali pertama saya berkunjung ke Malaysia, segala maklumat yang saya temui kata bahawa negara ini 'panas'.

"Namun setelah ke sini, saya dapati ada banyak makanan  yang sedap  seperti naan cheese, nasi lemak, roti canai, kari, air vanilla coke.

"Tapi saya paling suka naan cheese sebab ia sangat sedap!" katanya ketika sidang media VAV in Malaysia di Sunway Pyramid, Ahad lalu.

Turut mengakui perkara tersebut adalah ketua grup, St.Vans.

"Saya sepatutnya sedang berdiet memandangkan kami kini sedang mempromosikan album terbaru tetapi semuanya berubah bila datang ke Malaysia.

"Jika di Korea Selatan, saya hanya makan dua kali sehari, di sini setiap tiga jam sekali, saya akan makan," katanya sambil ketawa.

VAV dianggotai tujuh anak muda iaitu St.Vans, Baron, Ace, Ayno, Jacob, Lou dan Ziu kini kembali dengan lagu terbaru mereka iaitu 'She's Mine' datang ke Malaysia untuk mempromosikan lagu tersebut.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.