Berita Terkini
recent

Vanidah, Shidi mahu buat sarjana

Cik Pang dari dulu memang suka melihat pasangan selebriti terkenal ini, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Cara mereka mengejar cita-cita sebagai insan seni dan dalam waktu sama membesarkan anak-anak seharusnya boleh dicontohi ramai.

Paling membuat Cik Pang menghormati Vanidah atau Vee dan Rashidi atau Shidi adalah kesungguhan mereka membuktikan faktor usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu.

Vee dan Shidi memegang ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris dan Komunikasi ketika usia mencecah 30-an dan 40-an.

Bagi memastikan apa yang diusahakan itu dapat dicapai, mereka sanggup beralah antara satu sama lain bagi memberi laluan agar pasangan masing-masing menamatkan pengajian.

Terbaru Cik Pang dengar cerita, mereka mahu menyambung pengajian peringkat sarjana pula.

Vee memilih menyambung dalam bidang Seni Persembahan yang memang sangat dia cintai, sementara Shidi bidang komunikasi.

Bagusnya, Vee turut merancang sehingga mendapat PhD selepas menamatkan pengajian sarjana.

Cik Pang mendoakan agar apa yang dicita-citakan pasangan ini akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan.

Bukankah Allah sudah berkata, kalau hamba-Nya mengejar ilmu, Dia akan melimpahkan rezeki berlipat ganda. Apatah lagi ilmu yang ada pada mereka dikongsi dan digunakan.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.