Berita Terkini
recent

Usul halang Tun M guna premis kerajaan negeri ditolak

Dewan Negeri Selangor hari ini menolak satu usul tergempar yang mendesak kerajaan negeri tidak membenarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan mana-mana premis milik kerajaan negeri.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh berkata, setelah meneliti usul tergempar berkepentingan awam itu, speaker menolak usul untuk dibahaskan menggunakan Peraturan 17 yang membenarkan usul ditolak dalam kamar.

“Saya menolak usul ini dalam kamar berdasarkan tiga justifikasi, pertama adalah titah Sultan Selangor dan pandangan Dewan Diraja Selangor dijunjung dan dihormati, justeru Dewan tidak akan campur tangan memandangkan siasatan polis masih berjalan.

“Kedua, sejak 2008, premis milik kerajaan negeri yang boleh disewa oleh orang awam dibuka untuk semua (tertakluk kepada syarat-syarat) tanpa mengira fahaman politik.

“Ketiga, adalah kerana saya melihat usul ini bukan usul yang perlu disegerakan kerana Dewan sedang bahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018, usul ini akan mengganggu tempoh perjalanan Aturan Urusan Mesyuarat yang memerlukan ia diluluskan dalam tempoh masa ditetapkan mengikut Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor,” katanya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.