Berita Terkini
recent

Uqasha Senrose, Hefny Bakal Bertunang

PELAKON Uqasha Senrose, menamatkan teka-teki kisah cintanya apabila berkongsi berita gembira bakal bertunang dengan pelakon Hefny Sahad.

Uqasha, 25, atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, setelah bercinta lebih setahun, dia sudah bersedia meneruskan hubungan ke fasa yang lebih serius.

"Saya tidak pernah mengaku secara terbuka mengenai hubungan saya dengan mana-mana lelaki sebelum ini.

"Buat pertama kalinya ini saya mengaku sedang bercinta dan bahagia dengan Hefny. Apa yang boleh saya kata, kami serius dalam perhubungan ini," katanya .

Uqasha ditemui di majlis Anugerah Skrin 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Bagaimanapun, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini akan memaklumkan tarikh sebenar majlis pertunangan mereka kelak.

Terdahulu, Hefny mengakui Uqasha merupakan wanita paling rapat dengannya.

Dalam pada itu, Hefny mengakui mereka sedang dalam perancangan ke fasa perhubungan lebih serius.

"Boleh dikatakan dia seorang wanita yang mempunyai ciri-ciri wanita idaman saya. Malah, Uqasha juga seorang gadis yang menyenangkan.

"Insya-Allah, doakan yang terbaik buat kami," katanya ringkas.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.