Berita Terkini
recent

Unsur judi: Penerbit Star Wars mohon maaf

PENERBIT permainan video, Star Wars Battlefront II meminta maaf selepas dikecam majoriti penggemar permainan video dan pihak-pihak lain.

Menurut laporan CNN, penerbit, Electronic Arts (EA) memadam fungsi yang dikaitkan dengan unsur perjudian dalam permainan videonya buat sementara waktu.

Star Wars Battlefront II yang berharga AS$60 (RM249.33) untuk milikian dikesan menawar fungsi 'bayar lebih untuk menang' dalam permainan tersebut.

Peminat permainan Star Wars mengamuk di pelbagai forum alam maya dan majoriti menuduh EA menipu pelanggan (rippoff).

"Ia satu penipuan dan permainan direka untuk sesiapa yang rela menghabiskan lebih banyak wang (selain AS$60 untuk harga belian)," kata seorang 'gamer' di laman Twitter.

"Kami dengar (kritikan) anda dengan jelas, jadi kami padam semua pembelian dalam permainan video (buat sementara waktu) kata Pengurus Am EA, Oskar Gabrielson.

"Kami dengar kritikan yang mengatakan (terdapat ciri) yang memberi kelebihan yang tidak adil terhadap pemain.

"Kami juga mendengar kritikan yang ini membusukkan nama francais permainan video terbaik (Star Wars). Ia bukan niat kami. Maaf kami tidak bertindak dengan sepatutnya," kata Oskar.

Sementara itu, pengamal undang-undang di Belgium kini menyiasat sama ada permainan video berkenaan benar-benar 'menggalakkan perjudian' dan mengandungi unsur-unsur judi.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.