Ugut Peminat, Noh Tae Hyun Mohon Maaf

ANGGOTA kumpulan JBJ, Noh Tae Hyun sekali lagi membuat permohonan maaf berhubung keterlanjuran kata baru-baru ini.

Menurut Allkpop, penyanyi itu dilanda kontroversi setelah mengugut untuk memukul mana-mana peminatnya yang berpaling tadah.

Kenyataan yang dibuat oleh Tae Hyun sewaktu kemunculannya menerusi program Unique Interview itu telah mengundang kemarahan orang ramai.

Dia bagaimanapun sudah membuat permohonan maaf beberapa hari selepas insiden itu.
Namun, kecaman berterusan menyebabkan Taeh Hyun sekali lagi memohon maaf dengan surat tulisan tangannya sendiri.

Menerusi surat itu, dia meminta agar orang ramai memaafkan tindakan tidak matangnya dan mahu mengambil pengajaran daripada insiden itu.

Tambahnya lagi, dia juga akan sedaya upaya memperbaiki diri dan menjadi lebih matang pada masa hadapan.


Ugut Peminat, Noh Tae Hyun Mohon Maaf Ugut Peminat, Noh Tae Hyun Mohon Maaf  Reviewed by Kakigosip on 05:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.