Berita Terkini
recent

“Tunggu Lagi Seminggu” – Asfan Shah

PENYANYI Asfan Shah masih belum mempunyai nama untuk bayi lelaki ketiganya yang baru lahir pada Jumaat.

Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 32, berkata dia akan berkongsi nama bayinya selepas seminggu.

"Saya dan isteri belum ada nama yang sesuai untuk bayi lelaki ketiga kami yang baru lahir pagi tadi.
"Insya-Allah, saya akan kongsi nama bayi kami dengan rakan-rakan selepas seminggu," kata Asfan.

Asfan berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya dan menerima ucapan tahniah daripada peminat.

Isteri Asfan, Ain Sakinah Razali, 30, selamat melahirkan bayi lelaki pada Jumaat tepat pukul 2.22 pagi di Tropicana Medical Central, Petaling Jaya.

Menurut penyanyi lagu Sumpah Cintaku ini isterinya bersalin secara normal dan bayi seberat 3.31 kilogram itu dalam keadaan baik.

Isterinya berpantang di kediaman mereka di Damansara bawah jagaan ibu mentuanya dan pembantu.

"Alhamdulillah, isteri bersalin secara normal dan bayi kami lahir dengan berat 3.31 kilogram.
"Mereka berdua dalam keadaan baik dan insya-Allah esok baru pulang. Dia akan menjalani proses berpantang di rumah kami, Damansara.

"Saya minta tolong ibu mertua dan ambil bidan serta pembantu rumah untuk membantu isteri sepanjang proses tersebut," ujarnya.

Pasangan ini yang berkahwin pada 2012 dan mempunyai dua anak lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.


www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.