Berita Terkini
recent

Tun M jelas mengapa Bersatu belum mesyuarat agung

Sebab Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dapat mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya sebagaimana dikehendaki Pendafrar Pertubuhan (ROS)  kerana peringkat cawangan dan bahagian parti itu masih belum berbuat demikian.

Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bila peringkat bawah belum mengadakan  mesyuarat masing-masing, maka mustahil bagi mereka hendak menghantar perwakilan ke AGM parti.

“Ketika ini, kita belum mengatur mesyuarat kerana untuk mengadakan AGM, kita kena adakan mesyuarat cawangan dahulu, kemudian peringkat bahagian, kemudian baru kita boleh tentukan siapa yang akan menghadiri AGM,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, setiausaha agung parti itu Datuk Dr Shaharuddin Md Salleh memberikan kenyataan kepada ROS berikutan aduan bahawa kepimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti itu, termasuk kegagalan semua cawangan dan bahagian PPBM mengadakan mesyuarat, selepas ditubuhkan setahun lalu.

Shahruddin dipanggil selepas lapan bahagian PPBM di Johor membuat aduan tersebut kepada RoS

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.