Berita Terkini
recent

Tukar Nama Jadi RM

Sejak muncul menerusi debut, ketua kumpulan BTS (Bangtan Boys) ini dikenali dengan nama Rap Monster. Namun baru-baru ini dia memilih untuk menukar nama pentasnya.



Berita tersebut diumumkan menerusi laman sesawang fancafe resmi BTS pada 13 November lalu.

"Saya sudah melakukan promosi dengan nama Rap Monster selama 5 tahun sejak akhir tahun 2012,"

"Nama panggung ini muncul spontan dari para kru agensi dan anggota BTS. Oleh sebab saya telah menghasilkan sebahagian lagu (BTS) sejak bergelar trainee, saya fikir saya jadi terbiasa dengan (nama) itu," tulisnya.

Bagaimanapun pemuda berusia 23 tahun ini tiba-tiba mahukan satu nama lain yang boleh memperkenalkan dirinya dan berbeza dengan nama yang diguna pada hasil-hasil karya muziknya.

"Tetapi setelah mula melakukan promosi, nama Rap Monster BTS ternyata cukup panjang dan saya saya mahukan satu nama untuk diletakkan di dalam muzik yang saya buat selama 5 tahun ini dan muzik yang ingin aku kongsi pada masa akan datag."

"Paling penting, saya ingin memperkenalkan diri sebagai RapMon atau RM, berbanding nama Rap Monster.

"Jadi saya ingin mengubah nama pentas saya sebagai RM. Saya rasa nama ini lebih sesuai dengan muzik yang saya inginkan".

"Tapi saya tahu nama ini juga sudah diikenali ramai peminat selepas saya melancarkan mixtape atas nama RM," katanya.

Pun begitu, RM menyedari ada pihak yang sukar menerima perubahan namanya itu namun dia berharap lama-kelamaan pemiant mula biasa.

"Mungkin akan janggal selepas mengganti nama pentas yang sudah saya pakai sejak debut.

"Tetapi saya ingin dengan tulus berterima kasih jika kamu menerima baik dengan nama baru saya setelah saya pertimbangkan dalam tempoh yang cukup lama. Terima kasih," jelas pemilik nama sebenar Kim Nam Joon ini.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.