Berita Terkini
recent

Tiga beranak mati dibunuh kejam

Tiga beranak mati dibunuh, dipercayai kerana dendam di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2. 30 petang itu, seorang lelaki, Kha Ng Ni, 42, ditemui di bahagian luar pintu utama dalam keadaan mayatnya tertiarap dengan kesan tiga tikaman di dada.

Menurutnya, dua lagi mangsa ditemui di ruang dapur iaitu Chu Joo Siok, 37, yang merupakan isteri Ng Ni dalam keadaan terduduk, manakala seorang lagi Kha Zee Hanz, 13, ditemui di kawasan tengah rumah dengan kecederaan di belakang leher, dipercayai dihentak dengan senjata tumpul.


Din (kiri) memeriksa kawasan sekitar lokasi kejadian bersama pegawainya.
Dalam pada itu, seorang lagi mangsa yang merupakan anak tuan rumah terbabit, Kha Xing Rhuu, 15, terselamat dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad berkata, hasil siasatan pihaknya tidak menolak kemungkinan kes terbabit bermotifkan dendam ekoran suspek dikenal pasti, merupakan pekerja mangsa yang merupakan pembekal barangan perkakasan rumah.


Mangsa pertama ditemui di luar rumah dengan keadaan berlumuran darah.
"Dipercayai juga suspek bergelut dengan mangsa sebelum membunuh dan melarikan diri dengan van milik mangsa selepas kejadian.

"Kita siasat dari segala sudut dan jalankan siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.