Berita Terkini
recent

Tidak kalah gaya

Majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) yang berlangsung awal November lalu turut memperlihatkan beberapa teman artis hadir berdua, sama ada ditemani isteri, suami, ibu, kekasih mahupun anak tersayang yang juga berstatus selebriti.

Disebabkan si peneman juga insan seni, mereka juga tidak kalah gaya.

Paling menarik perhatian umum pelakon dan pengacara popular Rozita Che Wan, hadir di ASK2017 ditemani anaknya, Aaisyah Dhia Rana yang menggayakan gaun labuh rona sedondon.

Rozita memilih abaya warna polos dengan hiasan renda perancis di bahagian dada dan lengan. Ia membuatkan penampilan pelakon utama drama Kiah Pekasam itu nampak mewah.



Pasangan sedang hangat bercinta Uqasha Senrose dan Hefny Sahad tampil penuh romantis sewaktu melalui acara karpet merah di ASK2017.

Dengan gaun berinspirasi Greek menyerlahkan bentuk tubuh Uqasha yang ‘montok’, sementara Hefny segak menggayakan sut dilengkapi tali leher rama-rama, hiasan poket dan gancu besar asas fabrik songket bunga tabur.

Pasangan yang kini menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung, Ezatty Abdullah tampil dengan gaun sesuai bentuk tubuh yang sarat manakala Azwan Kombos bersut lengkap bagi menepati tema majlis.

Pasangan yang tidak pernah kalah gaya, Nazim Othman memilih blazer songket dan Bella Daly memilih gaun merah jambu. Renda labuh di bahu dan riben besar menjadi titik tumpu keseluruhan gayanya.

Aktres berpengalaman Normah Damanhuri hadir bersama anaknya model dan aktor Ahya. Normah tampak elegan dengan gaun labuh bersalut organza hitam dihias jemeki dan sulaman tiga dimensi di bahagian bawah.

Ahya walaupun hadir dengan gaya sederhana tetapi pengalamannya beraksi di pentas peragaan membuatkan penampilannya di acara karpet merah tetap mencuri tumpuan umum.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.