Berita Terkini
recent

Tiada Niat Tipu Peminat

Aktres jelita Uqasha Senrose akhirnya mendedahkan dia kini bahagia menjalin hubungan cinta bersama pengacara dan pelakon Hefny Sahad, sejak setahun lalu.

Memetik laporan Kosmo!, kakak kepada Nelydia Senrose ini bagaimanapun berkata selama ini dia bukan berniat untuk merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan umum.

“Tiada niat untuk merahsiakan hubungan atau cuba menipu peminat. Namun, saya berasakan perkara yang masih belum pasti lebih baik tidak terlalu diperbesarkan.

“Sejujurnya, saya dan dia (Hefny) telah berkawan sejak empat tahun lalu tetapi kami mula serius pada November 2016.

"Disebabkan telah genap setahun bercinta, jadi kami mengambil keputusan untuk mengongsikannya kepada umum," katanya.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini juga mengaku dia dan kekasihnya mempunyai rancangan untuk mengingat tali pertunangan namun dek kesibukan jadual kerja masing-masing menjadikan perancangan tersebut sukar dibuat.

"Apabila bercinta pastinya setiap pasangan itu mempunyai perancangan untuk mengakhiri hubungan mereka ke gerbang perkahwinan. Hal sama yang turut saya harapkan berlaku. Bagaimanapun, buat masa sekarang cukuplah sekadar memberitahu bahawa kami mempunyai perancangan untuk bertunang terlebih dahulu.

"Selanjutnya biarlah menjadi simpanan kami. Sekiranya apa yang dirancang berjalan lancar, insya-Allah saya akan kongsikan berita baik berkenaan dengan peminat,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Uqasha kini sibuk menjalani penggambaran filem baharu bertajuk Hantu Kak Limah 2 bersama Mamat Khalid termasuk beberapa drama rantaian dan telefilem.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.