Berita Terkini
recent

Tetap bergaya dengan denim

Fabrik denim tidak pernah ditelan zaman dari mula ia ditemui sekitar 1930-an hingga kini. Asal denim fabrik digunakan pekerja lombong arang baru dan bijih besi bagi menggantikan kordurai, yang tidak mampu menahan tekanan daripada aktiviti lasak pekerja buruh.

Berevolusi dengan dunia fesyen terkini, denim setanding dengan fabrik mewah lain sehinggakan atas kebijaksanaan pereka fesyen, denim mampu dicantum bersama renda Perancis bagi menampilkan ciri mewah.

Perubahan itu menyebabkan denim bukan saja digayakan untuk aktiviti santai tetapi juga boleh disarung ke majlis keramaian.

Sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 2017 (SAMM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, memperlihatkan selebriti tempatan tampil menepati tema iaitu fabrik denim.

Paling menonjol Dayang Nurfaizah dengan kemeja denim saiz besar dipadankan dengan seluar palazo. Menjadi titik tumpu dalam keseluruhan gaya penyanyi bersuara ‘power house’ itu adalah gancu yang terikat kemas di pinggang.

Penyanyi Siti Nordiana atau Nana membuktikan artis berhijab juga tidak kalah gaya. Kehadirannya dengan seluar denim bersama kurta labuh putih membuatkan penampilannya cukup sopan.

Lebih daripada itu, dia memadankan gayanya dengan jaket denim labuh. Memilih hijab warna kontras tetapi lembut menyerlahkan lagi keayuannya.

Ayda Jebat memang pandai menentukan gayanya apabila memilih untuk memadankan denim biru dengan blazer baldu lembayung memberikan ilusi fabrik sedondon. Ringkas apabila dia memadankan dengan baby-T putih di dalam.

Salma A Asis pula hadir dengan gaya ala hijabister rock chick apabila memilih seluar denim melekap tubuh dan dipadankan dengan baju ala potongan kurta singkat.

Memberikan kelainan, potongan lengan ala Saloma beserta ikatan riben menjadi titik tumpu pada keseluruhan penampilan. Begitu juga dengan pemilihan kasut disarung menyerlahkan lagi gaya ranggi Salma.

Penyanyi baru, Ara Johari memilih gaya ‘biasa’ dengan menyarung jaket denim singkat untuk dipadankan dengan seluar fabrik sama.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.