Berita Terkini
recent

Terkejut Perangai Lara Alana

PASANGAN selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari terkejut dengan perangai puteri sulungnya, Lara Alana ketika berada di Disneyland, Hong Kong pada pertengahan Oktober lalu.

Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 34, berkata dia tidak menyangka Lara seronok disolek dan memakai pakaian seperti watak kartun Cinderella tanpa sebarang masalah.

“Kami memang terkejut dengan perangai Lara yang sebelum ini memang tak mahu disolek atau letak sebarang solekan di muka.

“Kalau nak bersiap tu, dia tak boleh duduk diam tapi semasa kami pergi Disneyland, Hong Kong, perangai dia berubah ketika masuk tempat dressing room untuk kanak-kanak. 

“Dia hanya duduk diam sahaja dan membiarkan orang itu meletakkan solekan pada mukanya. Mungkin sebab dapat feeling jadi puteri itu yang buat dia rasa teruja,” kata Scha .

Awal dan Scha ditemui ketika majlis pelancaran Hong Kong Live in Kuala Lumpur di KLCC pada Selasa.

Menurut Awal, 36, Lara yang kini berusia tiga tahun sanggup memakai kasut tumit tinggi sepanjang seharian mereka berjalan di sana.
Biarpun tumit kasut tersebut sudah tercabut, anaknya itu tetap mahu berlari dan tidak mahu menanggalkannya sehingga waktu malam.

“Sampai ke malam dia tak nak tukar baju dan kasut. Seharian Lara pakai baju seperti Cinderella dan berlari dengan kasut tumit tinggi.

“Biarpun tumit kasut tu dah tercabut, dia paksa saya pasang balik dan sambung berlari,” ujarnya.
Awal, Scha dan Lara menikmati percutian di Hong Kong pada 18 Oktober lalu selama enam hari bagi mempromosikan negara tersebut.

Dalam pada itu, Scha dan Awal gembira melihat anak mereka dapat pengalaman baru di negara berkenaan.

“Memang sebelum ini kami pernah bawa Lara bercuti tapi masa itu dia kecil lagi dan tidak faham apa-apa.

“Kali ini dia dah besar dan rasa pengalaman baru itu sendiri. Ada sahaja yang dia nak tahu dan tanya pada kami sepanjang percutian itu,” kata Scha.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.