Berita Terkini
recent

Terima Ancaman Dipenggal, Kepala Deepika Dinilai USD1.5juta

Ketika melakukan promosi film Hollywood pertamanya bersama Vin Diesel bertajuk xXx: Return of Xander Cage, aktres jelita Deepika Padukone disambut seperti seorang ratu.

Laporan media antarabangsa menyebut, Vin dan Deepika diarak sepanjang jalan beberapa kilometer. Berbagai sambutan pun dilakukan, mulai dari menabur bunga hingga tari-tarian.

Selepas meraih penghargan tersebut, nasib pelakon wanita termahal India ini berubah menjadi ancaman yang mengerikan.

Dia kembali tampil dalam filem Bollywood melakonkan watak seorang Rani Padmavati, seorang ratu legendaris India yang dirumorkan beradegan romantis dengan seorang raja muslim Jalaluddin Khilji di filem terbaharu bertajuk Padmavati.

Filem tersebut mencetuskan kontroversi apabila pelbagai demonstrasi dilakukan sebilangan masyarakat Indian bagi mengancam tayangan filem tersebut. Bukan itu saja, lokasi penggambaran filem itu 'diserang' hingga mengancam keselamatan para pelakon dan kru.

Lebih menakutkan Deepika diancam segelintir pihak yang mahu memengal kepalanya. Sehinggakan seorang tokoh politik parti kanan 'meletakkan' nilai kepala aktres itu USD1.5 juta.

Walaupun menerima pelbagai ugutan namun masih ramai yang menyokong Deepika dan orang-orang yang terlibat di dalam filem 'Padmavati' tersebut. Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee antara individu yang menunjukkan sokongannya sekaligus mengutuk perbuatan pihak yang sengaja mencetuskan keadaan huru hara.

"Kontroversi #Padmavati tak hanya disayangkan, tapi juga rencana parti politik untuk menghancurkan kebebasan berekspresi. Kami mengutuk keadaan darurat ini. Semua industri perfileman harus berkumpul dan protes dengan satu suara," tulisnya di Twitter.

Filem arahan sutradara Sanjay Leela Bhansali itu ditarik daripada penayangan yang sepatutnya mula ditayangkan di pawagam pada 1 Desember depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.