Berita Terkini
recent

Tergelincir Ketika 'Catwalk', Model China Ini Mohon Maaf

Kemeriahan acara pertunjukan fesyen Victoria’ Secret Fashion Show yang berlangsung di Shanghai, semalam bertukar kecoh selepas satu insiden yang memalukan menimpa salah seorang model pertunjukkan tersebut.

Walaupun sudah berjalan di pentas Victoria’s Secret sejak tahun 2013, tetapi semalam adalah hari yang malang buat Xi Meng Yao, 28, berasal dari Shanghai kerana dia tiba-tiba jatuh tergelincir dalam keadaan yang agak menyedihkan ketika sedang berjalan di runway.

Xi dikatakan mungkin terpijak kain yang meleret sehingga dia sendiri tidak dapat mengawalnya.

Video Xi menjadi tular bahkan menjadi salah satu topik paling hangat di laman sosial Weibo. Tidak lama selepas itu, Xi memohon maaf di akaun Weibo kerana telah memalukan China.

“Saya minta maaf kerana telah memusnahkan harapan anda semua dan terima kasih kerana menyokong saya.

"Bekerja sebagai model selama tujuh tahun, saya telah ‘jatuh’ banyak kali, tetapi saya perlu bangkit dan berjalan ke garisan penamat. Terima kasih semua," kata Xi.

Meskipun terpaksa menanggung malu, namun Xi masih mampu berdiri dan terus berjalan ke depan. Lantas dia mendapatkan pujian ramai kerana menunjukkan sikapnya yang profesional sebagai seorang model berpengalaman.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.