Tampil karya genre balada

Kalau sebelum ini, nama Mirwana lebih dikenali dengan lagu ketuhanan antaranya Aku Tanpa Cintamu dan Permataku, kini mereka hadir dengan buah tangan terbaru.

Menampilkan karya bergenre balada, Mirwana cuba menterjemahkan lagu berjudul Cinta Bukan Mainan ciptaan sepenuhnya komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Berbeza dengan lagu terdahulu, Cinta Bukan Mainan kedengaran lebih matang sekali gus mampu mengubah persepsi pendengar yang selama ini menganggap Mirwana kumpulan nasyid.

Masih mengekalkan beberapa bahagian yang dilantunkan secara harmoni, lagu ini juga menjadi penanda aras kematangan Mirwana dalam dunia nyanyian.

Kemampuan Hafiz dalam menghasilkan karya berbentuk balada tidak perlu dipertikai.

Lirik Cinta Bukan Mainan ada maksud dan jalan cerita tersendiri.

“Hanya Hafiz tahu apa yang tersirat di sebalik lagu ini. Kami cuba sebaik mungkin untuk menjiwai dan menyampaikannya,” kata Naim mewakili rakan.

Selain Naim, Mirwana turut dianggotai Hafiz, Ikram, Faiz, Akmal dan Along itu yakin Cinta Bukan Mainan mampu mengangkat nama mereka sekali lagi.

“Sebenarnya, lagu ini mendapat maklum balas lebih pantas berbanding lagu hit kami sebelum ini.

“Tak mustahil Cinta Bukan Mainan mampu menandingi populariti lagu lain kami. Media sosial banyak membantu kami,” katanya.

Sehingga kini, video muzik Cinta Bukan Mainan sudah ditonton lebih 125,000 kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 31 Oktober lalu.
Tampil karya genre balada Tampil karya genre balada  Reviewed by Kakigosip on 04:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.