Berita Terkini
recent

'Tak ada orang 'propose' saya jadi calon'

 "Tak ada orang 'propose' saya," demikian jawapan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU14 akan datang.

Sambil tersenyum Dr Mahathir berkata, perkara itu belum dibincangkan.

Ditanya kawasan pilihan beliau untuk bertanding, jawapan Dr Mahathir ditepis ahli Parlimen Seputeh, Teressa Kok.

"Itu 'next PC', hari ini isu lain," katanya kepada pemberita pada sidang media Pakatan Harapan di Parlimen, di sini hari ini.

Dr Mahathir pernah memegang empat penggal sebagai ahli Parlimen Kubang Pasu, Kedah sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai logo yang masih belum diluluskan selepas 100 hari permohonan, Dr Mahathir berkara, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika logo mereka diluluskan segera.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum mendapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara itu.

"Kami hanya dapat jawapan di Parlimen tetapi jawapan itu tidak memberi sebab mengapa ia mengambil masa yang lama apakah ada kesalahan yang dilakukan oleh pihak kami.

"Harapan akan membuat beberapa tindakan susulan mengenai perkara ini secepat yang mungkin," katanya.

Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.