Berita Terkini
recent

Tahun paling manis Syafiq

Tahun 2017 nampaknya menjadi tahun paling manis buat pelakon yang mula popular menerusi drama Tanah Kubur dan Mencintaimu Mr Photographer, Syafiq Kyle.

Tentunya penantian selama enam tahun kini berbayar dengan pencapaiannya yang boleh dikatakan sebagai pelakon yang disebut-sebut hari ini.

“Memang tahun ini yang terbaik dan termanis buat saya sebagai pelakon. Bermula dengan drama Suamiku Paling Sweet, sedikit sebanyak ia membantu saya untuk memperkenalkan nama.

“Kemudian, rezeki lain pula dalam drama Mencintamu Mr Photographer. Perkembangannya mungkin perlahan, tapi saya rasa ia memang perlu berlaku dalam keadaan yang relaks,” katanya.

Menurutnya, dia pernah cuba mengejar beberapa perkara demi cita-citanya sebagai pelakon.

“Namun, apabila kita mengejar sesuatu secara tergesa-gesa, kita takkan dapat. Jadi, apabila kita relaks, perlahan-lahan kita akan nampak hasilnya,” katanya.

Dalam pada itu, Syafiq juga mampu tersenyum memandangkan pada tahun ini dia turut ditawarkan berlakon filem.

“Saya baru selesai menjalani penggambaran filem Langsuir di Langkawi. Sebelum ini, ada beberapa tawaran yang saya terima untuk berlakon filem, tapi bukan rezeki saya untuk turut serta pada waktu itu,” katanya.

Bercerita mengenai filem Langsuir, Syafiq sekali lagi digandingkan dengan Hannah Delisha, heroinnya dalam drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer.

“Keserasian sudah ada memandangkan kami pernah berlakon bersama sebelum ini. Lagipun, kami mengikuti kelas lakonan kendalian Ellie Suriati dan ia banyak membantu.

Dalam filem arahan Osman Ali itu, Syafiq memegang peranan sebagai Azlan.

“Azlan adalah lelaki kampung yang jatuh cinta dengan makhluk dari dunia lain. Dalam proses itu, pelbagai cabaran terpaksa dihadapinya.

“Banyak cabaran sebenarnya ketika kami menjalani penggambaran Langsuir. Antara yang paling ketara adalah keadaan cuaca dan alam memandangkan penggambaran berlangsung di lokasi terpencil,” katanya.

Selesai menjalani penggambaran, Syafiq memilih untuk berehat seketika sebelum kembali ke penggambaran drama.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.