Berita Terkini
recent

Syifa dari Indonesia juarai Ceria I-Star

PESERTA dari Jakarta, Syifa muncul sebagai juara program realiti bakat kanak-kanak, Ceria I-Star yang bersiaran secara langsung di Studio 1, Visual Three Studio, Seri Kembangan, malam ini..

Kejayaan itu sekali gus membolehkan peserta termuda berusia lapan tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 beserta trofi.

Naib juara pula dimenangi peserta dari Johor, Puteri Siti Mahirah yang membawa pulang RM10,000 serta trofi.

Ayeen dari Kedah pula hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga manakala peserta solo lelaki, Hazuri dari Pahang di tempat keempat. Masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan RM1,000 beserta trofi.



Ayeen juga menerima Anugerah Bintang Pilihan Caliph yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM12,000,trofi serta dilantik sebagai duta Caliph selama setahun.

Setiap peserta menunjukkan bakat yang mengagumkan melalui proses bercerita, bertaranum, berseloka, menyanyi dan pengucapan awam dalam bahasa Inggeris.

Peserta diadili dua juri tetap iaitu Imam Muda Asyraf dan Ustaz Amin Idris manakala juri nusantara pula ialah Laudya Cynthia Bella.

Markah peserta diadili menggunakan format penjurian profesional 50 peratus serta undian SMS, 50 peratus.

Pentas akhir program bakat realiti kanak-kanak itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi popular, Harris J.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.