Berita Terkini
recent

Sunny (SNSD) Tayang Apartment Mewah

AHLI kumpulan Girl Generation, Sunny menunjukkan kepada penonton suasana apartment mewah yang menjadi tempat tinggalnya di Seoul, Korea Selatan.

Kehidupan peribadi Sunny itu ditayang menerusi program Life Exchange Reality yang bersiaran di saluran E Channel pada Khamis lalu.

Menurut laman portal hiburan Allkpop, pelakon Ha Jae Sook mengunjungi rumah Sunny dan bertukar kisah kehidupan dalam program realiti tersebut.

Ha Jae Sook terkejut melihat kediaman mewah milik Sunny.

Apa yang melucukan, ketika kunjungan, Ha Jae Sook teruja dengan keindahan apartment milik penyanyi cantik itu.

"Wow, sangat indah dan menarik," kata Ha Jae Sook.

Lebih mengejutkan apabila dikhabarkan apartment tersebut bernilai USD$2.5 juta (RM10.5 juta).

Apartment tersebut berhadapan dengan Sungai Han yang indah dan menenangkan.
Malah, apartment tersebut turut memiliki ruang dalaman yang luas dan jendela besar dengan pemandangan Sungai Han yang begitu indah.

Dalam rancangan Life Exchange Reality ini, Sunny dan Ha Jae Sook akan bertukar cara hidup selama 100 jam dan salah satu episod ialah mengenai tempat tinggal.




Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.