Berita Terkini
recent

Sultan Selangor murka kepada Mahathir

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis.

Selepas dibincang dengan Ahli-ahli Dewan di-Raja Selangor, baginda menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Mahathir semasa Himpunan Sayangi Malaysia- Hapuskan Kleptokrasi cuba menghasut rakyat Malaysia untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa bugis.




"Kenyataan Tun M itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

"Ahli Dewan di-Raja Selangor menganggap ucapan tersebut amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa bugis hingga boleh mencetuskan kekecohan dan huru-hara.

"Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari bugis," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan di-Raja Selangor, Hanafisah Jais.

Terdahulu, Mahahir dalam ucapannya semasa perhimpunan kleptokrasi yang diadakan pada 14 Oktober lalu mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berketurunan lanun Bugis.

Menurut kenyataan itu lagi, Mahathir dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan juga pada ahli-ahli politik lain.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin mengingatkan semua pihak terutamanya ahli politik, tidak mempersendakan bangsa dan keturunan sebagai modal politik kerana ia boleh menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat negara ini," katanya lagi.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.