Berita Terkini
recent

Suho, Sehun (EXO) Mengaku Pengotor

DUA anggota EXO, Suho dan Sehun mengakui mereka berdua adalah rakan sebilik yang pengotor.
Menurut laporan Allkpop, Suho mendedahkan perangai Sehun yang gemar meninggalkan sampah dalam bilik tidur mereka.

"Sehun selalu meninggalkan sisa makanan dalam bilik kami. Kadang-kala, kulit buah yang dikupas pun dibiarkan di tepi katil saya," ujar Suho.

Namun, Sehun tampil mempertahankan diri dan mendedahkan perkara serupa melibatkan rakan sebiliknya itu.

"Sudah lima tahun kami berkongsi bilik. Saya cukup kenal dengan perangai Suho.
"Bukan saya sahaja, dia pun pengotor juga sebenarnya," kata Sehun.

Berikutan hal itu, Suho dan Sehun akhirnya bertindak memisahkan ruang bilik kepada dua bahagian.
Mereka berdua tampil mendedahkan perkara mencuit hati itu sewaktu tampil dalam rancangan Hello Councelor, baru-baru ini.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.