Berita Terkini
recent

Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira

SETELAH mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan dia kini lebih berterus-terang dalam banyak perkara.

Menurut Sufian, 25, dia juga terbuka untuk berkongsi apa jua perkara termasuk hal peribadi dengan pelakon cantik itu.

"Selepas bertunang, kami bersikap lebih terbuka dan tidak berahsia dalam perhubungan.
Sufian Suhaimi Tak Jumpa Elfira

"Kalau ada rasa tak puas hati, terus beritahu dan tiada istilah terasa hati. Ada masalah, kami bincang bersama.

"Sekarang ini kami lebih rapat dan berkongsi banyak hal berkaitan kehidupan dan peribadi," katanya.

Sufian ditemui di Malam Kemuncak Konsert Festival Folklore PJ Fair 2017 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor pada malam Sabtu.

Konsert yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut mengundang Datuk M. Nasir, Datuk Ramli Sarip, Ameng Spring, Kaka Azraf dan Faizal Ismail selaku pengacara.

Sementara itu, Sufian memberitahu dia banyak berkomunikasi dengan tunangnya itu menerusi panggilan telefon.

Baginya, kesibukan kerja bukan penghalang untuk dia terus berhubung dan berbincang mengenai perancangan perkahwinan.


"Kebiasaannya kami berbual melalui panggilan telefon dan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian.
"Masing-masing sibuk dengan kerja dan hanya itu cara untuk kami melepaskan rindu," ujarnya.
Pasangan selebriti ini telah bertunang pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira di Cheras, Selangor.

Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan, namun masih belum menetapkan tarikh sebenar.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.