Berita Terkini
recent

Sorok bahagian kemaluan wanita dipotong dalam peti ais


Seorang lelaki yang ditangkap menyimpan bahagian kemaluan wanita yang dipotong dalam peti ais didapati bersalah terhadap 38 dakwaan, termasuk konspirasi membunuh.

Menurut laporan News24, hakim Johann Daffue mendapati Peter Frederiksen, 65, bersalah dalam tuduhan rogol, penyimpanan dan penghasilan bahan pornografi kanak-kanak, serangan serta penipuan.

Peter dilaporkan gagal memuaskan hati mahkamah sepanjang perbicaraan Isnin lepas.

Tertuduh didapati mengubah ceritanya hampir setiap masa dan hakim tidak mempercayai bukti Peter yang mengatakan isterinya Tshidi sebagai punca utama semua perbuatan jenayahnya.

Tshidi ditembak mati di hadapan rumahnya di Maseru pada Oktober 2015.

Peter yang ditahan di penjara ketika itu didakwa terlibat dalam konspirasi membunuh wanita tersebut.

Berkenaan bahan lucah kanak-kanak, mahkamah masih mengambil kira dakwaan Peter bahawa dia berfantasi seksual mengenai proses sunat kanak-kanak perempuan.

Ketika ditangkap polis pada September 2015, polis menemui klitoris di dalam peti ais di rumah Peter.

Dalam satu perbicaraan tahun sama, salah seorang bekas isteri Peter, Anna Matseliso Molise mendakwa klitorisnya dipotong selepas Peter mengikatnya.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.