Berita Terkini
recent

Sokong KWSP untuk penjawat awam

 Cadangan kerajaan mahu memperkenalkan skim potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kakitangan awam baharu pada masa depan amat dialu-alukan.

Bagaimanapun, keberkesanannya perlu dilihat untuk jangka masa panjang kerana ia tidak mampu membantu kerajaan menjimatkan wang dalam masa terdekat.




Menurut pakar ekonomi, Lee Heng Guie, langkah kerajaan itu tidak dinafikan mampu mengawal perbelanjaan kerajaan dalam pemberian pencen yang semakin hari semakin besar.

"Dalam Bajet 2010, jumlah peruntukan pencen bagi kakitangan awam sebanyak 7.4 peratus, iaitu RM11.5 bilion daripada jumlah pengurusan diperuntukkan.

"Jumlah ini kemudian dinaikkan kepada RM23.6 bilion iaitu 10.8 peratus dalam Bajet 2017," kata Heng Guie kepada Oriental Daily.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengenai  peruntukan besar pembayaran kepada pesara perlu dikawal kerana ia tidak mampan untuk negara.

Menurut Johari, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM24.5 bilion untuk membayar pencen pesara awam dan jumlah tersebut cukup besar.

Daripada 1.6 juta penjawat awam, seramai 570,000 adalah guru dan pensyarah, 350,000 orang lagi adalah kakitangan keselamatan seperti polis dan tentera, manakala 250,000 orang kakitangan kesihatan, manakala kakitangan pentadbiran kira-kira 400,000 orang sahaja.

Kata Heng Guie, walaupun kerajaan sebelum ini meminta Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) membantu menguruskan sebahagian wang pencen demi faedah pencarum, namun sebahagian besar dana ketika ini adalah peruntukan daripada bajet.

"Bagi sesetengah negara, sekiranya mereka tidak bijak mengawal pembayaran pencen, ia sudah pasti akan membawa bebanan kepada kerajaan itu sendiri.

"Kerajaan kita sebenarnya perlu mengawal pengambilan kakitangan awam, jika tidak ia akan menyebabkan kerajaan menghadapi kesukaran mengawal sejumlah wang pencen yang amat besar pada masa akan datang," jelasnya
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.