Berita Terkini
recent

Siti Saleha impi tubuh yayasan

PELAKON popular, Siti Saleha berhasrat menubuhkan sebuah yayasan kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan, suatu hari nanti.

Tambahan pula, katanya, penubuhan yayasan itu menjadi impian utamanya sejak aktif melakukan pelbagai kerja amal, beberapa tahun lalu.

“Sudah tentu saya mahu melakukannya. Ia adalah impian saya.

“Tapi, saya tahu ia bukan satu perkara mudah kerana memerlukan perancangan yang rapi dan khidmat ramai tenaga kerja,” katanya kepada Media Hiburan.

Bahkan, selebriti berusia 27 tahun ini juga berhasrat untuk membantu semua golongan dan bukan dalam kumpulan sasaran tertentu saja.

“Kalau boleh, saya tak nak fokus kepada satu-satu perkara. Saya mahu buat semua.

“Saya seronok melakukan pelbagai kerja amal sebelum ini. Ia beri saya satu kepuasan untuk membantu,” katanya.

Terbaru, bintang filem Kerat 14 ini menjalinkan kolaborasi dengan Melinda Looi menerusi kempen 'Poplook Gives Back with Siti Saleha' bersempena bulan kesedaran kanser payudara.

Katanya, kempen itu bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu penyelidikan Cancer Research Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, Poplook melancarkan koleksi pakaian dan tudung eksklusif serta terhad.

“Saya juga terbabit sama dalam proses memberi idea dan rekaan baju serta tudung,” ujarnya.

Katanya, Poplook memilih pusat penyelidikan itu sebagai penerima sumbangan bagi menyokong usaha institut mencari penawar kanser payu dara.

“Sebanyak 30 peratus daripada hasil jualan koleksi itu akan diberi kepada institut terbabit untuk membantu membiayai penyelidikan mereka.

“Saya harap sumbangan ini akan membantu institut menemui penawar penyakit tersebut,” katanya.

'Koleksi Poplook Gives Back with Siti Saleha tersedia dalam saiz XS hingga 4XL' dengan harga antara RM69 dan RM119.

Ia boleh dibeli menerusi www.poplook.com serta butik Poplook di The Curve, Setia City Mall dan SOGO.

Dalam perkembangan lain, Siti Saleha sedang sibuk menjalani penggambaran drama novel adaptasi, Mandatori
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.