Berita Terkini
recent

Sissy Imann susun strategi baru

MAHU terus membuktikan bakatnya kepada umum, penyanyi dan penulis lagu, Sissy Imann tidak pernah berputus asa memperjuangkan genre muziknya.

Meski bersaing dengan ramai penyanyi seangkatan, Sissy yang juga guru muzik mencuri perhatian ramai dengan vokal unik dan gaya persembahannya yang tersendiri.

Tidak hairanlah mini showcase pertamanya di Fuel Shack, Nexus, Bangsar baru-baru ini mendapat sambutan hebat.

Menerusi persembahan unplugged selama 45 minit itu, Sissy menyanyikan lagu pertama yang menaikkan namanya dalam industri muzik iaitu Mungkin Kamu, diikuti dengan Entah Apa Rasa, Feeling Good, Jatuh, Lelaki Idaman dan tidak ketinggalan, I Am Me atas permintaan ramai.


“Alhamdulillah meskipun perancangannya dalam tempoh singkat, kolaborasi saya dan pihak Fuel Shack berjaya direalisasikan.

“Macam mimpi jadi kenyataan sebab Sissy tak sangka berpeluang menjayakan mini showacase sendiri meskipun belum ada album penuh.

“Rasa cukup terharu apabila bakat Sissy dipercayai begini rupa dan lebih bermakna apabila peminat hadir memberi sokongan biarpun hebahan persembahan ini dilakukan saat akhir.

Setia ditemani ayah, ibu dan adik-beradiknya, Sissy mengakui pada mulanya agak gusar jika persembahan itu tidak mendapat sambutan sebagaimana yang diharapkan.

Namun saat melihat ruang persembahan dibanjiri penonton, termasuk peminat luar dari Kuala Lumpur dan Sarawak, Sissy tekad memberikan yang terbaik agar penonton  pulang dengan rasa puas hati.

“Pada mulanya Sissy ingatkan seorang dua saja yang sudi datang, tapi tak sangka ruang Fuel Shack penuh, ada di antara mereka yang tak dapat tempat duduk. 

“Jadi Sissy harap mini showcase ini menjadi permulaan yang baik untuk ketengahkan bakat. Insya-ALLAH, mana tahu selepas ini ada rezeki untuk buat persembahan lebih besar daripada mini showcase ini,” ujarnya.

Rakan artis minta iringi persembahan

Menariknya, persembahan tersebut turut dirakam secara secara live oleh pihak Fuel Shack dan bakal disiarkan di saluran Youtube tidak lama lagi.

Bagi memberikan sentuhan berbeza selain strategi untuk memperkenalkan Sissy di Indonesia, rakaman ini dilakukan tenaga produksi yang dibawa khas dari sana.

“Sepanjang kerjasama ini berlangsung, Sissy banyak belajar benda baru daripada mereka termasuk perkongsian idea dalam perkembangan muzik di Malaysia dan Indonesia.

“Sissy memang ada impian untuk kembangkan muzik Sissy ke Indonesia, tapi tak mudah tanpa persediaan yang cukup.

“Jadi biarlah Sissy persiapkan diri secukupnya terlebih dahulu dan mungkin rakaman mini showcase ini dapat memberi pengenalan awal tentang Sissy,” katanya yang sentiasa bersikap realistik.

Sissy turut berkongsi kehadiran single kelimanya, Jatuh. Lagu ciptaan Sissy bersama AG Coco ini baru saja dilancarkan hujung Oktober lalu.


Tidak sekadar itu, lagu ini juga terpilih menjadi runut bunyi drama bersiri terbaru, Papa Anak Menantu yang bakal disiarkan tidak lama lagi, mengikuti jejak single sebelum ini, Mungkin Kamu dan Entah Apa Rasa yang turut mendapat peluang serupa.

“Masih dalam genre muzik Sissy, namun lagu ini istimewa terutama dari segi susunan muziknya menjadikan bunyinya lebih fresh dan berbeza.

Kehebatan Sissy ini tidak hanya dilihat dalam bidang nyanyian mahupun penciptaan lagu, tetapi anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik terutama piano.

Atas permintaan peminatnya, Sissy sering berkongsi alunan pianonya dengan memainkan lagu  penyanyi lain di Instagram.

“Bermain piano adalah antara aktiviti wajib yang sering Sissy lakukan di rumah. Ada yang buat permintaan khas agar Sissy cover lagu-lagu penyanyi lain dan Sissy turutkan sebagai menghargai sokongan mereka," katanya.

Selain itu, kata Sissy ada beberapa artis yang mempelawanya mengiringi persembahan mereka dengan bermain piano.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.