Single pertama selepas 5 tahun

Berharap satu hari nanti dapat berduet dengan idolanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, penyanyi baru Zamarul Hamzah, 31, sememangnya mengagumi muzik yang dibawa kedua-dua figura hebat itu.

Baginya, dengan kehadiran ramai artis dan pelbagai genre muzik yang ada bukan mudah untuk bertahan serta bersaing.

Namun, dengan mengamalkan persaingan yang sihat dia yakin mampu bertahan sama seperti kedua-dua idolanya itu.

“Tidak mudah bergelar artis pada masa sekarang. Dengan kehadiran ramai artis baru saya perlu bijak merancang perjalanan seni supaya terus bertahan.

“Melihat idola saya mempunyai keunikan daripada segi vokal dan lagu mereka, saya berharap dapat melakukan perkara sama,” katanya.

Lebih lima tahun membabitkan diri dalam bidang seni, baru kini Zamarul tampil dengan single pertama berjudul Lupus.

Single yang dicipta oleh Zamarul sendiri itu sudah dilancarkan pada September lalu.

Berkongsi mengenai single Lupus, Zamarul berkata, liriknya dihasilkan oleh Edy Studio Production.

Baginya, dia terpaksa mengambil tempoh yang lama untuk tampil dengan single pertama demi memastikan hasilnya memuaskan.

“Memang berdebar menanti reaksi pendengar terhadap single ini. Tidak dinafikan persaingan artis yang ramai juga membuatkan saya perlu berhati-hati.

“Namun saya lega apabila single ini sudah dilancarkan dan berharap peminat suka dengannya,” katanya.
Single pertama selepas 5 tahun Single pertama selepas 5 tahun  Reviewed by Kakigosip on 20:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.