Berita Terkini
recent

Sindiket pelacuran guna WhatsApp terbongkar

Sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp akhirnya terbongkar dengan penahanan tujuh individu dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sebuah hotel di Klang dan kondominium di Setia Alam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, tiga daripadanya merupakan lelaki warga tempatan dipercayai berperanan sebagai penjaga manakala empat wanita warga Indonesia pula disyaki pelacur.

"Modus operandi sindiket pelacuran tersebut adalah mengiklankan gambar empat wanita seksi melalui aplikasi berkenaan kepada pelanggan.

"Melalui hasil risikan jam 6.15 petang semalam, polis dari bahagian D7 Klang Utara dan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu tiga bilik di hotel berkenaan dan berjaya menahan tiga wanita dan dua lelaki," katanya.


Menurutnya, hasil soal siasat ke atas mereka, polis sekali lagi menyerbu sebuah kondominium di Setia Alam dan berjaya memberkas seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki turut terlibat dalam kes berkenaan.

"Tiga lelaki warga tempatan yang ditahan itu direman empat hari mulai hari ini manakala empat wanita warga asing pula selama 14 hari bagi membantu siasatan," katanya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan (KK) manakala Jais pula menjalankan siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995  kerana berkurung dalam satu rumah bukan pasangan suami isteri bagi kes yang kedua.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.