Berita Terkini
recent

Siapa Lelaki Bertopeng Hitam Di ASK2017?

PENGANJURAN Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) bukan sahaja mengiktiraf karya pengiat seni tanah air, malah ada yang menjadikannya sebagai tempat memperagakan busana indah dan fesyen unik untuk tatapan peminat.

Antara yang mencuri perhatian lensa kamera pada malam itu ialah gaya seorang lelaki dengan imej bertopeng hitam yang berjalan di karpet merah.

Imej topeng hitam tersebut telah digayakan oleh pelakon baharu iaitu Adam Shadan yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta.

Menurut Adam atau nama sebenar Mohamad Shahaadan Che Seman, dia memilih fesyen itu kerana mahu mencari kelainan dan berasakan gaya tersebut bersesuaian dengan tema 'glamor'.


"Sebenarnya, saya pakai topeng hitam untuk mencari kelainan dalam berfesyen. Iyalah, saya ni artis baru jadi kena cari sesuatu yang lain daripada orang lain.

"Lagipun, saya baru selesai penggambaran drama dan muka saya ada sedikit sunburn (kesan kulit terbakar), jadi pakai topeng saja lah senang," katanya.

Pada malam tersebut, Adam memakai pakaian yang ditaja oleh pereka fesyen Taufik Idros Creation.
Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun ini mengakui ada menerima komen negatif daripada penonton di laman sosial yang mempertikaikan penampilannya malam itu.

Bagaimanapun, dia tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen dan menerima dengan hati terbuka
"Biarlah orang nak kata apa pun. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang" katanya.

Bercakap mengenai kerjaya seni, Adam bakal muncul dalam telefilem Bilo Nogori Jupo Kelate untuk slot Iris TV3 dan Sekolah Hati yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.