Shawn Mendes, Hailey Baldwin Hangat Bercinta?

PENYANYI Shawn Mendes dilaporkan sedang hangat bercinta dengan model terkenal, Hailey Baldwin.

Menurut laporan portal hiburan Hollywood Life, Shawn dan Hailey dilihat begitu mesra sewaktu menghadiri anugerah MTV Europe Music Award (EMA) pada 12 November lalu.

Sumber mendedahkan, mereka berdua berparti sehingga pagi dan dilihat tidak berenggang antara satu sama lain.

Malah, ada yang mendakwa pasangan ini asyik bercumbu sepanjang acara berlangsung.

Spekulasi melibatkan pasangan ini mula bertebaran apabila mereka dilihat berpegangan tangan di sebuah parti halloween pada Oktober lalu.

Hailey juga dikatakan menghadiri konsert penyanyi itu pada Ogos lalu.

Terdahulu, Hailey pernah mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi Justin Bieber.
Hubungan mereka terjalin selepas penyanyi lagu Baby itu berpisah dengan Selena Gomez


Shawn Mendes, Hailey Baldwin Hangat Bercinta? Shawn Mendes, Hailey Baldwin Hangat Bercinta?  Reviewed by Kakigosip on 05:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.