Shakira masih melekat di hati Pique

PENYANYI superstar Colombia, Shakira dan pemain Barcelona Gerard Pique mengenepikan khabar angin mereka membawa haluan masing masing.

Pasangan itu dilihat bersiar siar menaiki kenderaan sambil tersenyum kepada jurugambar media.

Bintang Barca itu dirakam memandu kereta dengan ditemani Shakira berhampiran padang latihan kelab Catalan itu.

Keceriaan terpancar di wajah mereka biarpun pasangan sudah bersama sejak enam tahun lalu dikatakan ingin meneruskan kehidupan secara berasingan.

Pada saat rakaman ini dibuat hubungan ibu bapa kepada dua anak lelaki ini menggambarkan kehidupan bahagia mereka masih utuh.

Bagaimanapun perkembangan lanjut pasangan itu belum diketahui.
Shakira masih melekat di hati Pique Shakira masih melekat di hati Pique   Reviewed by Kakigosip on 06:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.