Berita Terkini
recent

Shahir 'Hilang' Selepas Didakwa Tak Bayar Hutang Kereta

Menerusi laporan mStar online, penyanyi Shahir Zawawi dikatakan 'menghilang' selepas seorang lelaki mendakwa dia gagal menjelaskan hutang sewa sebuah kereta mewah berjumlah RM24,000 pada awal November lalu.

Kehilangan bekas juara Akademi Fantasia (AF8) ini telah menimbulkan kebimbangan kalangan peminatnya. Spekulasi timbul kononnya, Shahir merajuk dan kembali menyepikan diri seperti sebelum ini kerana beberapa insiden kontroversi melanda dirinya.

"Tak kemas kini Instagram ke tuan tanah? Takkan hilang lagi kot?

"Ke mana Shahir menghilang?"

Itu antara persoalan yang diajukan peminat di Instagram peribadinya, @shahirzawawi88 menerusi gambar terakhir di muat naik peserta program AF Megastar itu sebulan yang lalu.

..

Namun ramai juga pengikutnya memberikan mesej dan komen kata-kata semangat kepada Shahir agar dia terus tabah menghadapi dugaan tersebut

"Shahir jangan hilang lagi ya. Peminat semua rindu.

"Kuatkan semangat anda dan jangan cakap bukan-bukan mengenainya, berilah dia ruang dan peluang untuk selesaikan masalah. Jangan memaksa, kesian dia," tulis seorang peminat.

Beberapa bulan lalu, timbul satu lagi kontroversi selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Syamimi mendedahkan hubungannya dengan Shahir namun penyanyi itu menafikan perkara itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.