Berita Terkini
recent

Shafie 'mengamuk' dedah beberapa perkara di Parlimen...

 Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, membuat beberapa pendedahan panas berhubung kemelut yang melanda Sabah yang kononya dikaitkan dengan beliau.

Jelasnya, 'orang lain yang dapat projek, namun nama beliau yang terpalit secara negatif'.

"Tohmahan kononnya syarikat proksi Shafie Apdal mendapat 20 peratus..."

"Tender dibuka tetapi yang dapat projek anak buah kepada pemimpin lain," katanya, di Dewan Rakyat hari ini, yang turut menyebut seorang nama pemimpin Umno yang turut menjadi konsultan bagi projek Pan Borneo.

Beliau berkata demikian merujuk kepada projek loji di Sungai Intan, Semporna Sabah.

Justeru katanya, adalah tidak adil menuduh beliau dengan gambaran yang negatif.

Dalam pada itu katanya, ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kabinet, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa prestasi beliau berada pada tahap terbaik.

"Semasa saya menjadi Menteri, PM rakamkan ucapan tahniah, KPI saya berada pada tahap terbaik iaitu 106 peratus.

"Misalnya unjuran jalan hanya 10KM tetapi berjaya dibina 15KM, begitu juga pembinaan rumah PPRT, kami berjaya bina 16 unit, iaitu melebihi 10 unit yang diperuntukkan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Justeru besar harapannya agar perubahan pemerintahan berlaku pada masa hadapan.

"Saya harapkan agar perubahan kerajaan berlaku pada masa mendatang," katanya.

Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada Umno, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lalu sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diambil alih dan dijenamakan semula.

Beliau yang juga merupakan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia berkhidmat pada tahun 2009 - 2015.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.